Monday, 24 February 2020

Semua Ahli Parlimen UMNO Berkumpul di Menara Dato Onn


Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengadakan pertemuan dengan semua Ahli Parlimen UMNO dan pemimpin sayap parti itu di Menara Dato Onn di sini, hari ini.

Bagaimanapun, tujuan perjumpaan itu belum dapat disahkan, namun sumber memberitahu ia mempunyai kaitan dengan perkembangan semasa politik negara.

Difahamkan, semua ahli Parlimen UMNO diminta bersiap sedia ke Istana Negara bagi menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.


“Masih menunggu lampu hijau (untuk ke Istana Negara)," katanya.

No comments:

Post a Comment