Tuesday 3 December 2019

Rakyat Malaysia Paling Tinggi Dalam Senarai Pemerhatian Imigresen Australia

Satu senarai data yang dikeluarkan oleh Jabatan Hal Ehwal Dalam Negeri Australia melaporkan bahawa rakyat Malaysia menduduki angka yang tertinggi dalam senarai merah kerana pendudukan secara haram di negara tersebut.

Dengan 68,417 ribu orang rakyat Malaysia yang dicatatkan berada di dalam senarai tersebut, Malaysia telah mendahului China dengan peningkatan mendadak sebanyak 37.2% dicatatkan berbanding tahun lalu.

Difahamkan, kira-kira 12,934 warga Malaysia yang berada di dalam senarai tersebut kerana “hutang kepada komuniti”, manakala 35,760 yang lain pula hadir ke Australia kerana “disyaki ada niat yang lain”. Seramai 9867 rakyat Malaysia juga turut dicatatkan tinggal di Australia melebihi tempoh yang telah ditetapkan.


Selain dari itu, New Zealand juga turut berada di dalam senarai top 5 dalam senarai yang dikeluarkan itu dengan jumlah 43,470 ribu rakyatnya dicatatkan di belakang China dan Malaysia.

Sumber: The Australian

No comments:

Post a Comment