Dalam insiden jam 7.30 petang tadi itu, suspek yang memakai topi keledar dengan penutup muka dikatakan telah melarikan lima dulang barang kemas termasuk rantai kaki, rantai tangan dan leher.
Bagaimanapun, tiada pelanggan dilaporkan berada di dalam kedai emas terbabit ketika rompakan itu berlaku.
Selepas memecahkan cermin pameran, suspek dikatakan melarikan diri dan meninggalkan kapak yang digunakan untuk mengetuk di lantai kedai emas terbabit.
Ketika ini, sepasukan anggota dari Unit Forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah sedang melakukan pemeriksaan di lokasi.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Mohd Rozi Jidin mengesahkan telah menerima laporan berhubung kejadian itu dan siasatan sedang dijalankan. AWANI
No comments:
Post a Comment