MIDF Research menjangka tekanan inflasi meningkat kepada 2.4% tahun ke tahun pada 2020 sebahagian besarnya disebabkan dasar subsidi minyak kerajaan.
Inflasi pada 2019 dijangka pada sekitar 0.6% tahun ke tahun, lebih rendah daripada 1% pada 2018.
Ketua Penyelidikan Mohd Redza Abdul Rahman berkata harga RON95 dihadkan kepada RM2.08 seliter sejak Februari lepas, lebih rendah daripada harga purata sebanyak RM2.20 pada 2018, memacu tekanan penurunan kepada keseluruhan inflasi pada tahun ini terutamanya melalui indeks pengangkutan.
Bagaimanapun, keputusan kerajaan untuk memperkenalkan subsidi minyak bersasar yang baru mulai Jan 2020 akan memberi kesan limpahan kepada komponen kumpulan lain seperti makanan.
Skim subsidi minyak bersasar itu dijangka memberi manfaat kepada kumpulan isi rumah berpendapatan rendah yang kecil dan mengapungkan harga RON95 bawah skim ini, di mana harga minyak semasa sebanyak AS$62 setong, harga akan menjadi lebih tinggi daripada harga yang dihadkan sebanyak RM2.08.
“Inflasi yang meningkat antara faktor menyebabkan ekonomi sederhana bagi Malaysia pada tahun depan berikutan ia akan menjejaskan permintaan domestik.
“Kami menjangka ekonomi Malaysia akan terus berkembang pada kadar sederhana sebanyak 4.5% berikutan faktor global dan domestik seperti tekanan inflasi yang meningkat,” katanya pada taklimat media mengenai Prospek Pasaran 2020 “Navigating Through Adversity” hari ini.
MIDF menjangka Bank Negara akan melaksanakan pengurangan 25 mata asas pada suku pertama tahun depan, dengan ringgit merosot kepada 4.20 berbanding dolar AS pada akhir tahun dan purata pada 4.18 berbanding dolar AS pada 2020.
Penurunan kadar dan penyusutan ringgit pada amnya akan turut memberi tekanan kepada inflasi, katanya.
Beliau berkata terdapat kebimbangan mengenai prestasi perdagangan luar Malaysia yang menerima impak daripada cabaran luaran, dan firma penyelidikan itu menjangka sektor berasaskan komoditi akan mengurangkan sebahagiannya berikutan harga komoditi dilihat kekal pada tahap yang mencatatkan keuntungan.
“Bagi 2020, kami mengunjurkan minyak mentah Brent kepada purata sebanyak AS$65 setong dan minyak sawit mentah sebanyak RM2,450 setan,” katanya.
Dengan pertumbuhan ekonomi Malaysia yang sederhana, MIDF Research menjangka perbelanjaan pelaburan yang meningkat oleh sektor awam dan swasta pada tahun depan untuk menyokong pertumbuhan.
Pelaburan sektor swasta dijangka meningkat kepada 4.1% pada 2020 berbanding 1.5% pada tahun ini manakala pelaburan awam, yang mencatatkan -9.2% pada 2019 dan negatif sejak suku ke-4 2017, dijangka pada sekitar 1.4% terutamanya dalam prasarana, katanya.
Redza berkata firma penyelidikan itu menjangka persekitaran ekonomi global yang lebih mencabar pada 2020, dengan permintaan global yang perlahan, risiko geopolitik yang meningkat dan kehilangan momentum pertumbuhan negara-negara utama dunia termasuk Amerika Syarikat, China dan Eropah. SUMBER
No comments:
Post a Comment