Tuesday 10 December 2019

#NewZealand letusan gunung berapi, seorang warga Malaysia 🇲🇾 tekorban





Pejabat Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di New Zealand mengesahkan seorang pelancong rakyat Malaysia disahkan maut dalam letupan gunung berapi White Island/Whaakari yang terletak di bahagian Pulau Utara, negara itu

Portal stesen televisyen negara New Zealand, tnz.com.nz, yang memetik kenyataan pegawai di pejabat Pesuruhjaya Tinggi Malaysia berkata, pihaknya masing menunggu laporan berhubung tragedi itu dan siasatan masih diteruskan.







“Kami sedang bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa tempatan dan akan terus mengemas kini perkembangan itu dari semasa ke semasa.

“Orang ramai diminta menghubungi kami jika mereka mempunyai mempunyai maklumat mengenai rakyat Malaysia yang berada di kawasan itu,” katanya.

Gunung berapi di White Island/Whakaari yang terletak di Bay of Plenty meletus sejak semalam dan pihak berkuasa tempatan melaporkan lima pelancong maut, manakala lapan lagi masih hilang.

Berita Harian

No comments:

Post a Comment