Wednesday 27 November 2019

Twitter Akan Memadam Akaun Tidak Aktif Bermula 11 Disember

Perkara pertama yang kami lakukan berlaku apabila perkhidmatan atau media sosial baharu diumumkan ialah mendaftar secepat mungkin bagi memastikan nama dapat diambil sebelum terlambat. Tetapi malang sekali jika nama yang ingin anda gunakan telah diambil pengguna lain. Bagi pengguna Twitter, pada 11 Disember ini anda mungkin berpeluang menggunakan nama yang anda idamkan jika pemegang akaun sudah lama tidak aktif.



Pada tarikh tersebut akaun yang tidak dilog masuk selama enam bulan akan dipadam. Nama akaun yang dipadam kemudian boleh diambil oleh pengguna sekiranya mereka pantas. Twitter telah mula menghantar emel mengingatkan pengguna yang sudah lama tidak aktif untuk melog masuk bagi mengelakkan akaun dipadam. Proses memadam akaun akan dilakukan secara berperingkat bermula 11 Disember.

Sumber : amanz.my

No comments:

Post a Comment