Thursday 28 November 2019

#BatuUban Polis Marin & Jabatan Perikanan Pulau Pinang rampas 211 unit bubu naga



Batu Uban,  27 Nov- Kerjasama Pasukan Polis Marin Wilayah 1 Batu Uban dan Jabatan Perikanan Pulau Pinang  dalam Op Bersepadu 07/2019 berjaya merampas 211 unit bubu naga di kawasan perairan Pulau Pinang. 

Op Bersepadu ini dijalankan selama 1 hari yang melibatkan seramai 2 pegawai kanan, 10 anggota dari PPM Batu Uban dan 8 pegawai dan anggota Penguatkuasa Jabatan Perikanan Pulau Pinang. Mereka semua dibahagikan kepada dua pasukan iaitu pasukan darat dan laut yang menjalankan serbuan dan pemeriksaan serentak di kawasan perairan Pulau Pinang.


Seperti semua maklum kesan penggunaan bubu yang mempunyai banyak injap dan bermata kecil itu bukan saja boleh memusnahkan ekosistem dan sumber hasil laut dalam jangka masa panjang, malah menjejaskan pendapatan nelayan, terutama nelayan pantai atau tradisional yang menggunakan cara penangkapan biasa seperti menggunakan pukat hanyut.

Definisi bubu yang dilesenkan mengikut Seksyen 10(2), Syarat Syarat Dalam Lesen dan Arahan-Arahan dalam Akta Perikanan 1985, tidak boleh mempunyai lebih daripada dua injap, namun bubu naga mempunyai hingga puluhan injap kerana ia dipasang berangkai.

Oleh demikian,  nelayan tempatan dinasihatkan agar tidak menggunakan kaedah tangkapan menggunakan bubu naga walaupun ianya lebih mudah dan menguntungkan.  PPM Batu Uban dan Jabatan Perikanan Pulau Pinang akan sentiasa melakukan pemeriksaan bagi memastikan masalah penggunaan bubu naga ini dapat diselesaikan.







No comments:

Post a Comment