Monday 18 November 2019

#Tapah kereta terbabas, Dr Nik Muhammad Zawawi patah pergelangan kaki



TAPAH 18 Nov. - Ahli Parlimen Pasir Puteh, Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi Salleh patah pergelangan kaki kanan setelah kereta dinaikinya terbabas di Kilometer 350, Lebuh Raya Utara-Selatan arah selatan di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pada pukul 1.30 tengah hari itu, Nik Muhammad Zawawi, 52, berada di tempat duduk penumpang hadapan manakala pemandu kereta jenis Mercedes Benz itu, Mohamad Zuraihan Abdul Wahad, 28, tidak mengalami sebarang kecederaan.



Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Wan Azharuddin Wan Ismail berkata, siasatan awal mendapati mereka berdua dalam perjalanan dari Perlis menuju ke Kuala Lumpur untuk menghadiri sidang Parlimen di sana.

"Tiba di tempat kejadian, kereta dinaiki mereka dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas dan melanggar penghadang di sebelah kiri jalan.

"Akibat kemalangan tersebut, Nik Muhammad Zawawi mengalami kecederaan patah pergelangan kaki kanan dan dia dibawa ke Hospital Slim River untuk rawatan lanjut," katanya.

Tambah Wan Azharuddin, pemandu kereta pula tidak mengalami sebarang kecederaan dan kes disiasat mengikut Seksyen 43 Akta Pengangkutan Jalan 1987. - Perak Gazette


No comments:

Post a Comment