Monday 18 November 2019

#PRKTanjungPial Wee Jeck Seng angkat sumpah sebagai ahli Parlimen Tg Piai

Wee Jeck Seng hari ini mengangkat sumpah sebagai ahli Parlimen Tanjung Piai selepas memenangi pilihan raya kecil (PRK) kawasan itu Sabtu.

Wee menang dengan majoriti besar lebih 15,000 undi dalam persaingan enam penjuru mengalahkan pencabar terdekat daripada Pakatan Harapan (PH) Karmaine Sardini, calon Gerakan Wendy Subramaniam, Badrulhisham Abdul Aziz (Berjasa), dan dua calon Bebas, iaitu Ang Chuan Lock serta Faridah Aryani Abd Ghaffar.

PRK Tanjung Piai diadakan berikutan kematian penyandangnya, Dr Md Farid Md Rafik yang mewakili PPBM-PH.

Speaker Dewan Rakyat Mohamad Ariff Md Yusoff mengucapkan tahniah kepada Wee atas kemenangan beliau.

Wee, yang merupakan bekas timbalan menteri beliau dan sukan dalam pentadbiran sebelum ini, adalah ahli Parlimen dua penggal sebelum tewas dengan majoriti kecil pada pilihan raya umum Mei tahun lepas.

 

No comments:

Post a Comment