Friday 29 November 2019

#BalikPulau penunggang motosikal maut badan putus dua



Seorang penunggang motosikal maut selepas badannya terputus dua dalam kemalangan di Jalan Bertingkat Lebuhraya Tun Dr Lim Choong Eu, menghala ke Batu Maung di sini, petang tadi.

Dalam nahas kira-kira jam 2 petang itu, Nor Azli Sharif Hassan, 31, maut di tempat kejadian akibat badan terputus dua dari paras pinggang ke bawah.





Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan A A Anbalagan, berkata mangsa yang menunggang berseorangan dipercayai gagal mengawal motosikalnya lalu terbabas ke sebelah kanan jalan raya.

“Mangsa kemudian terkena tiang lampu di tembok pemisah jalan sehingga menyebabkan badannya terbelah dua.

“Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian dan mayatnya dihantar ke Hospital Balik Pulau untuk bedah siasat,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Anbalagan berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Difahamkan, mangsa yang bekerja di syarikat rekreasi bagi aktiviti kenderaan lasak pelbagai bentuk permukaan bumi (ATV) di Balik Pulau, dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Sungai Rusa, Balik Pulau dari Georgetown.

Berita Harian

No comments:

Post a Comment