Thursday 31 October 2019

Rakan Diburu, Jutawan Wanita Disimen Dengan Konkrit Dalam Peti Sejuk

Kecoh di semua media antarabangsa melaporkan seorang ahli perniagaan wanita dari Thailand ditemui mati dan disimen dengan konkrit dalam peti sejuk di rumahnya.

Pemaju hartanah, Wannee Jiracharoenying,58 dikatakan tidak kelihatan sejak 19 Oktober lalu selepas dia melawat sebuah kuil di Chiang Mai. Risau tidak dapat dihubungi, abang mangsa, Woraphan Jiracharoenying, 59 mengambil keputusan untuk mencari adiknya.


Akhirnya pihak polis menemui mayat jutawan itu pada Ahad lalu selepas menerima aduan daripada jiran yang terhidu bau busuk dari kediaman mangsa. Memetik laporan Daily Mail, pihak polis kini giat memburu rakan pemaju hartanah wanita itu yang dikenali sebagai Oom bagi membantu siasatan kematiannya.



Jurucakap polis berkata, kereta dan kad ATM mangsa didapati hilang dan sejumlah besar wang dikeluarkan dari akaun wanita itu selepas kematiannya. “Pada hari wanita itu gagal dihubungi keluarganya, suspek mengeluarkan wang dari akaun mangsa melalui mesin juruwang automatik (ATM) di Chiang Mai, Chiang Rai dan Mae Hong Son berjumlah 1.2 juta baht (£30,967).’



“Maklumat terbaru daripada bank menyatakan suspek sekali lagi mengeluarkan wang melalui ATM di Rayong dan CCTV berjaya merakam wajahnya,” kata pihak polis. Suspek juga akan dipantau pergerakannya kerana mungkin cuba melarikan diri.

“Kami percaya suspek melakukan jenayah itu kerana mahu mencuri wang memandangkan mangsa sering menderma dalam jumlah besar kepada kuil dan hospital,” katanya lagi. - SUMBER

No comments:

Post a Comment