Thursday 31 October 2019

Atuk “Grandpa Kitchen” Meninggal Dunia



Sekiranya anda biasa menonton video masakan di Facebook, anda pasti mengenali wajah tua ini. Melalui saluran YouTubenya, 'Grandpa's Kitchen', seorang warga emas berusia 73 tahun yang berasal dari Telangana, India ini biasanya direkod memasak juadah dengan banyak untuk diagihkan kepada anak-anak yatim.

Videonya memasak dengan begitu bersahaja dengan suasana kampung dan tradisional memikat hati jutaan penonton dari seluruh dunia.

Saluran Youtube ini bukan sahaja terkenal di India, bahkan seluruh dunia kerana diakhir masakan dalam kuantiti yang banyak akan diberikan kepada anak-anak yatim. Hasilnya, ia berjaya menarik 6 juta pengikut dan purata 2.38 juta tontonan untuk setiap video sejak saluran itu diwujudkan pada 2017.



Walaupun tiada netizen mengenalinya, atuk yang dikenali dengan nama Narayana Reddy itu mampu mengumpul penonton setia dengan begitu cepat. Mana tidaknya, gaya bersahaja dan menghiburkan warga emas ini dengan hanya menggunakan kayu api untuk memasak cukup menarik hati sesiapa sahaja yang menonton.

Bagaimanapun, kelincahan datuk ini mungkin tidak dapat ditonton lagi apabila warga emas tersebut dilaporkan telah meninggal dunia. Narayana meninggal pada umur 73 tahun di Telangana, India.

Pemergian warga emas ini menjadi perhatian netizen di seluruh dunia yang turut berduka. Sebuah video terbaharu dimuat naik dari saluran Grandpa Kitchen yang berjudul, ‘Grandpa’s An Emotional and Heart Touching Final Journey’ ini sudah ditonton ramai oleh para pengikutnya.


 


Mendiang sempat dirakam secara langsung seminggu lepas sewaktu berinteraksi dengan peminat-peminatnya di YouTube. Beliau kelihatan agak lemah, namun masih ceria di hadapan kamera.

Walaupun mendiang telah tiada, namun cara masakannya dan sumbangannya kepada anak-anak yatim akan sentiasa diingati.

No comments:

Post a Comment