Sunday 27 October 2019

#ParitBuntar Mujahid sokong larangan kempen #BMF di masjid

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mujahid Yusof menyokong tindakan kerajaan negeri Perak melarang penganjuran kempen Buy Muslim First (BMF) dalam kawasan masjid di negeri ini.

Menurutnya, larangan itu disebabkan kerajaan tidak mahu mahu ada pihak  berkepentingan politik mengambil kesempatan dengan menggunakan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Beliau berkata, masjid sepatutnya bebas
daripada sebarang aktiviti dan pengaruh politik.




Jelas beliau, masjid adalah tempat ibadah menunaikan solat waktu dan Jumaat, majlis ilmu, himpunan masyarakat setempat yang bebas daripada politik.

"Kita sokong tindakan exco kerajaan
negeri Perak yang tidak membenarkan sebarang kempen BMF di masjid-masjid yang menggunakan nama NGO.

"Ada yang ambil kesempatan dengan menggunakan NGO untuk menarik orang ramai tetapi disebaliknya orang politik yang mengambil kesempatan.

"Banyak ruang boleh dijalankan di luar masjid yang menjadi tumpuan orang ramai seperti pasar awam dan sebagainya," katanya.

Beliau berkata demikan dalam sidang akhbar selepas penutup Program Jelajah Rahmah 'Mosque to Mosque 2019' di Masjid Parit Tok Ngah, Tanjung Piandang di sini hari ini.

Pada 19 Oktober lalu, Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Pendidikan Islam, Luar Bandar dan Pembangunan Usahawan Perak, Asmuni Awi berkata, kerajaan negeri melarang kempen BMF di dalam kawasan masjid di negeri ini.

Beliau berkata, keutamaan diberikan kepada promosi kempen Beli Barangan Halal Dahulu seperti yang sedang dilaksanakan kerajaan.

Menurutnya, penganjuran BMF oleh sebuah NGO di negeri ini dilaksanakan bukan untuk kepentingan umum tetapi untuk tujuan politik pihak tertentu.  - Perak Gazette

No comments:

Post a Comment