Monday 28 October 2019

#JohorBahru Pemandu Langgar Sekumpulan Remaja Basikal Lajak Dibebas



Mahkamah Majistret Johor Bahru melepas dan membebaskan seorang jurujual wanita atas pertuduhan memandu secara melulu hingga menyebabkan kematian lapan remaja lelaki, pada 18 Februari 2017.

Dalam keputusan yang dibacakan oleh Majistret, Siti Hajar Ali di hadapan tertuduh, mahkamah membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwa gagal membuktikan keraguan manasah.

Malah pasukan penyiasat juga tegasnya gagal melakukan siasatan lengkap sebelum mendakwa tertuduh.

Mahkamah memanggil 46 saksi dan 214 aksibit sepanjang tempoh perbicaraan bermula 28 0gos 2017.


Sam Ke Ting, 24 tahun dihadapkan ke Mahkamah pada Mac 2017 atas dakwaan memandu secara melulu hingga menyebabkan lapan remaja maut.

Dalam kejadian pada jam 3.30 pagi, pada 18 Februari 2017 itu, sekumpulan remaja berbasikal dirempuh sebuah kereta Nissan Almera dipandu seorang wanita di Jalan Lingkaran Dalam berhampiran Tanah Perkuburan Islam Mahmoodiah.

Kejadian itu meragut lapan nyawa dan menyebabkan kecederaan serius kepada lapan yang lain yang berumur 13 hingga 19 tahun.

Kes didakwa di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan denda tidak melebihi RM20,000.

Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Muhamad Syafik Muhamad Ghazali manakala Ke Ting dibela penguam Muhamad Faizal Mokhtar. Buletin Utama

1 comment:

  1. May Almighty Allah grants all those boys a place in HIS heaven. Aamiin.

    ReplyDelete