Tuesday 29 October 2019

#IronmanLangkawi ‘15 jam lumba, bila solat?’ Ini jawapan Alif Satar

Menyertai aktiviti sukan lasak tidak menghalang mana-mana individu daripada menunaikan ibadat mengikut agama masing-masing.

Selepas berjaya menghabiskan cabaran Ironman di Pulau Langkawi, Kedah dalam tempoh 15 jam, selebriti Alif Satar diajukan soalan sama ada peserta sukan triatlon itu sempat menunaikan solat ketika acara berlangsung.


“Maaf tanya, kalau dah lenjan 15 jam, solat semua kat mana ye? Mereka ada berhenti solat ke,” soal salah seorang pengikut Alif di Instagram.





Namun pengacara Big Stage itu tidak melatah, sebaliknya menjelaskan penganjur ada menyediakan ruang solat untuk peserta.


“Ada ruang solat di pertukaran dua (basikal ke larian). Bila ambil wudhu ada sukarelawan tolong pegangkan botol.


“Penganjur Ironman sediakan ruang khas untuk atlet beragama Islam,” balas pelakon Dia Semanis Honey itu.

Alif pada Sabtu lalu menamatkan perlumbaan jarak penuh dengan berenang sejauh 3.8 kilometer, kemudian berbasikal 180 kilometer dan berlari 42 kilometer.

Menganggap sebagai ‘kerja gila’, penyanyi ‘Sesungguhnya Aku’ mencatatkan masa 15 jam 5 minit 49 saat.

No comments:

Post a Comment