Monday 28 October 2019

#BukitMertajam Ayah beri penjelasan kenapa dibiar anak kutip derma

Ayah kepada anak kecil yang ditinggalkan pada malam hari untuk meminta derma tampil menjelaskan hal sebenarnya.

Melalui akaun facebooknya dengan nama Aepool Kojack, beliau memohon maaf dengan tindakan tersebut dan akan ke balai polis untuk menyerah diri.

“Saya memohon maaf, dengan tindakan saya. dan mengaku kesalahan saya. Saya sedia menerima tindakan undang-undang. Saya akan ke balai polis untuk serah diri.
Isteri saya tidak tahu menahu tentang tindakan saya ini, saya hanya beritahu mahu minta bantuan di masjid. Saya berjanji tidak akan melakukannya lagi. “


Hutang Ah Long.

Katanya lagi, beliau mengalami kesukaran mencari sumber kewangan untuk membayar hutang ahlong, apatah lagi sebelum itu beliau sudah ke masjid tetapi didapati tiada orang di masjid tersebut.



“Saya ke kereta untuk menguruskan anak saya lagi seorang. Di sini ingin dinyata, kami sudah cuba sedaya upaya mencari sumber kewangan untuk membayar hutang ahlong, sebelum itu kami sudah ke masjid, tetapi tiada orang.

Saya mempunyai masalah kebuntuan dan sering buat keputusan secara terburu-buru. Saya buntu dan tidak berfikir panjang dengan ambil keputusan untuk meminta derma di Uptown Perda. Kebetulan lepas saya letak anak kedua, anak pertama meragam, saya hantar kekereta.

Selepas kembali, saya terus ambil anak kembali ke kereta. Ketika itu, orang sudah mengambil gambar.”


Buntu dan Terdesak.

Tambahnya lagi, sejak kebelakangan ini hari hujan lebat dan beliau tidak dapat berniaga, malahan tong gas pula sudah dijual untuk menampung hutang terdahulu.


Beliau juga berkata akan menyerah diri kepada pihak berkuasa dan meminta maaf kepada semua warga Malaysia di atas tindakan beliau itu.

“Isteri saya tidak menahu cara saya menyelesaikan masalah ini. Saya sendiri buat keputusan untuk meminta derma. Kerana buntu dan terdesak.

Saya mengaku kesalahan ini. Dan saya sebagai bapa dan suami bertanggungjawab dengan tindakan saya yang telah menyakiti ramai orang. Dan saya dan isteri telah berbincang supaya menyerahkan tindakan selanjutnya kepada pihak berkuasa.

Akhir kata, Saya memohon maaf kepada semua warga Malaysia atas tindakan saya ini. Semoga ini menjadi pengajaran untuk saya.

Akhir sekali, saya mohon maaf dan akan menyerah diri.


Sejak semalam, gambar seorang anak kecil duduk di stroller dengan kotak derma di hadapannya tular di media sosial. Kejadian dilaporkan berlaku di  Uptown Perda, Bukit Mertajam malam tadi.

 Buletin TTKM

No comments:

Post a Comment