Kementerian menerusi kenyataan itu juga menyaran supaya semua warganegara yang terjejas menghubungi Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta.
“Kementerian melahirkan rasa sedih dan simpati terhadap mangsa dan keluarga mereka ekoran daripada insiden gempa bumi ini dan menyarankan supaya semua warganegara Malaysia yang terjejas untuk menghubungi Kedutaan B
Kedutaan boleh dihubungi menerusi alamat JI. H.R. Rasuna Said Kav.X/6, No. 1-3 Kuningan, 12950 Jakarta Selatan ataupun menerusi telefon +(6221) 522 4947 / +62 813 8081 3036 03-8887 4570 (Nisma Putra) atau emel mwjakarta@kln.gov.my.
Gegaran akibat gempa bumi tersebut turut dirasai di kawasan Lombok Utara, Lombok Timur, Lombok Barat, Lombok Tengah, Mataram di Nusa Tenggara Barat dan sebahagian kawasan selatan Pulau Bali. Usaha mencari dan menyelamat sedang giat dijalankan oleh pihak berkuasa tempatan.
Sehingga kini, pihak berkuasa tempatan masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi mengenai insiden ini
No comments:
Post a Comment