Monday, 18 March 2019

Perkembangan terkini rakyat Malaysia yang dikongsi Pegawai Perubatan warga Malaysia di NZ (4 Foto)




1) Rahimi Ahmad
Masih di ICU, masih bergantung kepada mesin pernafasan. Dijangka akan masuk ke dewan bedah esok pagi untuk pembedahan wash out selanjutnya. Ibu dan abang beliau juga sudah sampai ke sini bersama dua2 YB di atas. Dr Wan Azizah Timbalan Perdana Menteri juga dkhabarkan ada menghubungi kak Azila, isteri abang Rahimi.

2) Nazril Omar.
Isteri dan anak juga baru sampai dari Malaysia. Kecederaan di jari-jari kaki, dan di belakang badan. Seperti yang diceritakan staff, scan MRI tidak menunjukkan kecederaan kepada tulang belakang tapi masih perlu ke dewan penbedahan untuk wash out. Beliau stabil di ward, tapi sedikit mengantuk dan letih di bawah pengaruh ubat tahan sakit. Masih tidak dibenarkn untuk makan (nil by mouth).

3) Tarmizi Shuib
Sudah menjalani pembedahan semalam, beliau stabil di wad. Kecederaan tembakan di belakang badan, masih ada pembedahan lanjutan selepas ini. Isteri dan anak perempuan beliau juga ada bersama tadi.

Kesemua ahli keluarga sedih dan kecewa atas penularan berita2 yang tak benar tentang mangsa2 tembakan. Mereka mengharapkan rakyat Malaysia dapat berita yang benar dan YB2 yang melawat juga akan keluarkan berita2 semasa mengenai rakyat kita yang terlibat. Mereka mengucapkan terima kasih kepada ahli keluarga, sahabat dan orang ramai yang berdoa dan membuat solat hajat buat mangsa2.

Ibu Rahimi, Maklang Rokiah yang tiba dari Bayan Lepas

Buat masa sekarang, jumlah kematian adalah 50 orang (satu lagi mayat baru dijumpai), senarai nama mangsa yang meninggal dunia masih belum dikeluarkan. Setakat ini sahaja details yang saya boleh kongsi atas kebenaran pesakit dan ahli keluarga.

Mohan doakan mereka semua sembuh seperti sediakala. Juga diharapkan jangan viralkan video2 shooting.

Sumber : Mohamad Firdaus  Christchurch Hospital
Kredit Foto : YB Azrul Mahathir

No comments:

Post a Comment