![]() |
Kesian melihat nasib mereka. Di mana mereka nak bermalam jika diusir keluar? 😠|
PULAU PINANG 28 Feb. - Kira-kira 22 buah keluarga di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Taman Manggis, Georgetown di sini buntu memikirkan nasib mereka selepas diarahkan keluar dari rumah masing-masing.
Malah, mereka kini hanya mempunyai tempoh sehingga Rabu depan untuk mengosongkan rumah masing-masing atau berdepan tindakan rumah disita seperti dialami mereka semalam.
Difahamkan, kesemua mereka diarahkan mengosongkan kediaman masing-masing selepas hilang kelayakan menduduki rumah PPR termasuk melebihi kemampuan, mempunyai rumah lain dan berkahwin dengan warga asing.
Notis pengosongan kepada penduduk terlibat juga sudah dikeluarkan kerajaan negeri pada Oktober lalu namun disebabkan enggan berpindah, rumah mereka disita antara pukul 10.30 pagi hingga 2 petang semalam.
Akibatnya, penduduk terlibat menyuarakan rasa tidak puas hati dan mendesak campur tangan segera kerajaan negeri sebelum rumah mereka yang disita dibuka semula kira-kira pukul 11 malam tadi.
Apa yang dikesalkan penduduk juga apabila surat rayuan mereka kepada kerajaan negeri langsung tidak mendapat maklum balas sebaliknya mereka diberikan notis pengosongan serta-merta pada Jumaat lalu.
Sedangkan, katanya, dia sekeluarga sudah mendapat taraf kerakyatan apatah lagi lapan anak-anaknya juga sudah bersekolah di negara ini.
"Saya pula hanya bekerja sebagai buruh dengan pendapatan harian dan tidak menentu, sebab itu saya merayu supaya boleh terus menyewa di sini kerana keluarga kami bukan orang senang," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Turut berdepan masalah sama ialah Teoh Khoo Beng, 65, yang kini tidak lagi mampu menjalankan perniagaan kecil-kecilannya kerana menghadapi masalah kesihatan. Dalam masa sama, katanya, dia juga perlu menyara isteri dan tiga anaknya yang masih belajar sekali gus berharap dapat terus tinggal di PPR itu sekali gus dapat mengurangkan beban hidup mereka sekeluarga.
"Anak-anak saya semua masih belajar dan saya perlu menanggung keluarga sedangkan sekarang saya tidak mampu bekerja. "Jika saya terpaksa keluar dari rumah PPR ini, ke mana harus saya pergi sedangkan saya tidak mampu untuk menyewa rumah lain apatah lagi di kawasan pulau," katanya. - UTUSAN Malaysia.
No comments:
Post a Comment