Friday, 1 March 2019

Kampung Bakau Tua, Penaga digempur lagi..


Kepala Batas, Pulau Pinang : Operasi hampir 11 jam oleh sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik yang bermula jam 3.00 petang dan berakhir  jam 1 tengah malam tadi berjaya menahan 15 orang penagih


Mereka yang ditahan berumur  dalam lingkungan umur 20 tahun hingga 60 tahun yang bekerja sebagai buruh dan penganggur

Hasil pemeriksaan di dalam operasi tersebut polis telah merampas bahan-bahan yang disyaki dadah heroin  sebanyak 23.9 gram dan dadah ganja  2.3 gram dari kesemua penagih yang ditangkap

Ketua Polis Daerah Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Utara,ACP Noorzainy Bin Mohd Noor dalam satu kenyataan media mengesahkan tangkapan dan rampasan tersebut. Menurut beliau  nilai Keseluruhan barang yang dirampas dianggarkan bernilai RM 1048.00

Katanya, urine keatas semua suspek didapati positif dadah jenis Mop/Meths. Kesemua yang tangkap akan direman di lokap IPD SPU untuk siasatan lanjut

Kes-kes tersebut disiasat di bawah Sek. 39B ADB 1952, Sek. 39A(2) ADB1952, Sek. 39A(1) ADB 1952, Sek.12(2) ADB 1952, Sek. 6 ADB 1952 dan Sek. 15(1)(a) ADB 1952 kerana memiliki dadah berbahaya dan memasukkan dadah ke dalam badan.

Kredit : Media Hotline Utara FB

No comments:

Post a Comment