Gambar : Izham Yusoff |
“ALLAH sudah tetapkan jodoh kami dan saya mengharapkan hubungan ini kekal hingga akhir hayat,” kata pelakon Fasha Sandha yang sah bergelar isteri kepada aktor Aidil Aziz dengan sekali lafaz.
Fasha ketika dihubungi berkata, dia bersyukur majlis akad nikah berjalan dengan lancar dan disempurnakan dengan baik.
“Alhamdulillah, majlis akad nikah selesai dengan sekali lafaz.
“ Doakan kami bahagia dan cepat timang anak,” katanya.
Sementara itu, Aidil pula manzahirkan rasa syukur Fasha kini bergelar suri hidupnya.
“Saya bersyukur Fasha Sandha sah bergelar isteri saya hari ini.
“Dikesempatan ini saya mahu mengucapkan terima kasih kepada keluarga baru saya, saudara-mara, sahabat dan rakan media. Terima kasih meraikan majlis kami. Semoga anda semua dirahmati Allah,” katanya.
Terdahulu, Fasha dan Aidil melangsungkan majlis pernikahan di Masjid Tuanku Syed Putra Jamalullail, Kangar, Perlis, jam 9.15 pagi tadi.
Pasangan itu dinikahkan Jurunikah Negeri Perlis, Ustaz Syafiy Zakaria dengan disaksikan keluarga dan sahabat handai.
Dalam majlis yang berlangsung di kampung halaman Fasha , aktres itu menerima mas kahwin RM300 manakala jumlah hantaran dirahsiakan.
Majlis pernikahan pasangan selebriti itu dihadiri kira-kira 100 tetamu terdiri daripada keluarga kedua-dua pihak dan kenalan rapat.
Fasha dan Aidil, 30, bertunang pada 18 November tahun lalu.
Ini adalah perkahwinan pertama buat Aidil manakala kedua untuk Fasha. Bintang Anak Halal itu pernah berkahwin dengan ahli perniagaan, Rizal Ashram Ramli, pada 27 April 2012 dan bercerai pada 20 Januari 2016.
Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan dua anak, Putra Rayfal Ramli, 5 dan Putri Raysha Jemaima, 4.
Majlis resepsi di sebelah keluarga lelaki dikatakan bakal berlangsung di Rembau, Negeri Sembilan, bulan depan.
Kredit Harian Metro
No comments:
Post a Comment