Saturday, 30 March 2019

Sapa orang Pulau Pinang tak tau 'Pak Tongko'



PULAU PINANG - Keunikan disebalik nama 'Pak Tongko' menjadikannya antara usahawan lama di negeri Pulau Mutiara ini.

Sinonim dengan nama tersebut Abdul Latiff SK. Abdul Karim, 59, yang sudah dikenali ramai itu hanya berniaga berasaskan tepung gandum sahaja.

Menurutnya, sejak 1957 perniagaan menjual kuih cakoi atau mudah dikenali sebagai ‘pak tongko’ ini bermula dengan mewarisi perniagaan itu daripada datuk dan bapa mertua.

Mungkin nama ini sudah sinonim dengan masyarakat setempat dari awal pembukaannya, maka tidak hairanlah nama dan kuih yang saya usahakan masih mendapat permintaan pelanggan,” jelasnya ketika ditemui Utusan Online baru- baru ini.


Abdul Latiff berbakat dalam bidang perniagaan ini sejak mengambil alih dari datuknya yang juga pelopor awal penjualan kuih cakoi ini.

Menurutnya, perniagaannya bermula pukul 12 tengah hari sehingga pukul 7 malam dan mampu meraih pendapatan RM30 hingga RM40 sehari.

Berbekalkan basikal tiga roda katanya, dia berniaga di kawasan Jalan Hutton iaitu kawasan strategik dan berdekatan dengan pusat Bandar Georgetown.

“Negeri ini merupakan hab makanan tradisi sentiasa melekat di hati pengunjung terutama yang datang bercuti mahupun bertugas di luar daerah.

“Selain nasi kandar, cendol, laksa dan jeruk pala sudah tentulah ‘pak tongko’ menjadi tarikan utama ke sini, “ ujarnya. -

Kredit : UTUSAN ONLINE

2 comments:

  1. Dah tua tua ni pakcik, pakcik buka kelas pak tungko, sehari semlm,balas sorang 100 ka sebagai pengkeras, pastu saya rasa pakcik boleh rehat sat, lama lama sekali buka kelad pak tongko. Selamat maju jaya.

    ReplyDelete