Sudah 31 tahun berlalu tragedi yang pernah mengemparkan seluruh warga Malaysia dan lebih-lebih warga Pulau Pinang, apabila Terminal Feri Pangkalan Sultan Abdul Halim, Butterworth, Pulau Pinang runtuh.
Kami Penang Kini ingin berkongsi satu kisah tragedi yang mengorbankan hampir 32 nyawa serta mencederakan kira-kira 1,700 mangsa lain. Pelantar jeti yang dibina pada 1956 itu runtuh dipercayai akibat terlalu berat untuk menampung beban kemasukan ribuan pengunjung yang ingin menyeberang ke Pulau Pinang sejak pagi hari kejadian kerana ada 2 perayaan keagamaan penganut Kristian dan Buddha.
Kami Penang Kini ingin berkongsi satu kisah tragedi yang mengorbankan hampir 32 nyawa serta mencederakan kira-kira 1,700 mangsa lain. Pelantar jeti yang dibina pada 1956 itu runtuh dipercayai akibat terlalu berat untuk menampung beban kemasukan ribuan pengunjung yang ingin menyeberang ke Pulau Pinang sejak pagi hari kejadian kerana ada 2 perayaan keagamaan penganut Kristian dan Buddha.
Bukan setakat pengunjung dari seluruh Malaysia, malah Pelancong dari Singapura, Hong Kong dan Taiwan turut datang ketika itu. Pangkalan Sultan Abdul Halim dibina pada 1956 tidak mampu menampung ‘serbuan’ 10,000 penumpang. Tiangnya daripada besi kongkrit sementara lantai dari papan tebal. Gelegar lantai, pagar dan dinding daripada besi tumpat, melintasi ruang laluan kereta di sebelah bawah.
Pangkalan ini ada dua tingkat. Tingkat bawah untuk laluan kenderaan yang keluar dan masuk. Tingkat atas pula untuk laluan penumpang dari Stesen bas Butterwoth keluar dan masuk.
Jam 4.40 petang itu, gelegar besi jambatan terminal bengkok dan patah. Lantai-lantai papan turut roboh. Dinding besi dan bumbung roboh ke bawah. Penumpang bahagian atas menggelongsor dan terhimpit oleh tiang dan pelantar papan. Kenderaan di bawah remuk.
Keadaan mulai menjadi kelam kabut apabila feri dari Pulau Pinang mula merapati jeti dengan orang ramai yang berada di terminal berkenaan terus meluru ke hadapan. Tidak lama selepas itu, kawasan berkenaan bergegar dan pelantar jeti mulai runtuh seterusnya bermulalah permulaan bagi babak tragedi hitam itu.
Sedetik kemudian, bergema suara jeritan ribuan mangsa yang kesakitan termasuk kanak-kanak, wanita dan warga tua. Suasana mula bertukar kelam-kabut, masing-masing hilang punca dan cemas. Ramai mangsa terperangkap dihempap kayu pelantar.
Jasad terbaring di mana-mana dan darah terpercik ke merata arah. Berpuluh mangsa terjatuh, maut di situ juga. Bunyi riuh rendah dan kalut apabila orang ramai kelam-kabut ingin keluar segera dari kawasan berkenaan kerana menyangka pelantar itu akan terus runtuh dan tenggelam di dalam air.
Kini, mungkin generasi muda termasuk yang dilahirkan di Pulau Pinang sudah tidak mengingati lagi kejadian itu. Masakan tidak, 30 tahun terlalu cepat meniti waktu; seorang bayi ketika itu juga sudah berubah menjadi dewasa.
Ini saja sedikit sebanyak yang Penang Kini boleh kongsikan, Tragedi Runtuhan Feri Pangkalan Sultan Abdul Halim, Butterworth, 31 Julai 1988.
No comments:
Post a Comment