Wednesday 17 May 2017

Projek ubah suai jejantas bernilai RM6 juta gagal disiapkan


Kerajaan DAP Pulau Pinang dipersoalkan berhubung ‘rekod buruk’ mereka menyiapkan beberapa projek pembangunan khususnya berkaitan kepentingan rakyat di negeri ini.


Terbaharu, projek ubah suai jejantas berhampiran Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) di sini yang bermula sejak Februari 2015 sehingga kini masih belum disiapkan seterusnya menyusahkan pengguna.

Malah, Penyelaras Gerakan Padang Kota, H'ng Khoon Leng turut menempelak kerajaan DAP Pulau Pinang yang tidak konsisten berhubung projek ubah suai jejantas berkenaan yang dibina pada 1993.


“Pada mulanya Ketua Menteri, Lim Guan Eng mahu jejantas ini yang terletak antara persimpangan Jalan Penang dan Jalan Burma dirobohkan namun mengubah fikiran dan mahu dikekalkan.

“Tetapi selepas dua tahun, projek ini gagal disiapkan dan kelihatan seolah-olah terbengkalai,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Khoon Leng berkata, pihaknya difahamkan, projek menelan kos RM6 juta itu membabitkan pemasangan pintu kaca, eskalator serta lif se-patutnya siap dalam tempoh sembilan bulan.

“Sekarang projek ini sudah memakan masa 16 bu-
lan dan ti-
dak ada tan-
da-tanda akan siap dalam tem-
poh terde-
kat. Ada-kah mereka (keraja­an ne­ge­ri) perlu tunggu sehing-ga tiga ta-
hun bagi menyiap-
kan jejantas berkenaan yang mana tempohnya sama untuk menyiapkan Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah?,” soalnya.

Beliau berkata, kerajaan negeri se-
patutnya mengu­ta­-
makan projek pem­­-
ban­gunan berkepe­tingan rakyat seper­ti mana mereka menyegerakan projek komersial.

Malah, beliau turut melahirkan rasa bimbang projek itu juga berdepan nasib seperti pembinaan tempat letak kereta di Bukit Bendera sehingga terpaksa dirobohkan, pengubahsuaian Pasar Chow Rasta yang lambat siap serta rancangan tebatan banjir yang masih belum selesai.

No comments:

Post a Comment