Wednesday 17 May 2017

Pyongyang Tetap Berdegil



SEOUL/GENEVA: Program peluru berpandu Korea Utara berkembang lebih pantas daripada jangkaan, kata Menteri Pertahanan Korea Selatan, Han Min-koo.

Min-koo juga mengakui program Korea Utara itu lebih pantas daripada yang dimililki Korea Selatan.

Kenyataan itu dibuat susulan tindakan Pyongyang, yang melancarkan ujian peluru berpandu nuklear dan balistik, Ahad lalu, walaupun digesa China dan Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) untuk tidak meneruskannya.

Min-koo menyifatkan ujian Korea Utara itu sebagai berjaya.

Peluru berpandu balistik jarak sederhana (IRBM) itu berkeupayaan terbang lebih jauh sehingga 3,000 kilometer (km) hingga 4,000 km.

Korea Utara menegaskan, ujian peluru berpandu itu adalah tindakan mempertahankan diri daripada serangan Amerika Syarikat (AS).

Pentadbiran Presiden Donald Trump juga menggesa Pyongyang untuk menghentikan `provokasi' itu dan memberi amaran, era tanpa tindakan dengan Korea Utara sudah berakhir. - REUTERS

No comments:

Post a Comment