7
MEI: Parti Cinta Malaysia (PCM) menggesa kerajaan menubuhkan satu
jawatankuasa bagi menyemak mana-mana rakyat yang mempunyai dua
kewarganegaraan.
Menurut Presidennya Datuk Huan Cheng Guan, semakan
tersebut adalah perlu bagi menjaga aspek keselamatan negara supaya tidak
mudah dibolos oleh mana-mana pihak yang mempunyai agenda tertentu untuk
menjatuhkan kerajaan.
“Saya menyokong penuh kenyataan Timbalan Perdana Menteri semalam, kerajaan harus bertindak tegas terhadap mereka yang memiliki 2 kewarganegaraan.
“Saya minta kerajaan menubuhkan sebuah jawatankuasa untuk menyemak
mana-mana rakyat yang mempunyai identiti kewargaan negara lain kerana
saya percaya masih ada banyak dikalangan rakyat kita yang mempunyai 2
atau lebih kewarganegaraan.
“Kerajaan harus serius dalam
menangani masalah. Tidak guna kita beri kewarganegaraan dan pelbagai
peluang kepada mereka yang memberi ketaatan kepada negara lain,” katanya
kepada BNBBC.my portal pada Rabu.
Semalam Datuk Seri Dr Ahmad Zahid
Hamidi dalam kenyataannya berkata kewarganegaraan seseorang rakyat
Malaysia akan gugur secara automatik sekiranya didapati pernah memegang 2
kewarganegaraan.
Ahmad Zahid berkata situasi ini jelas
terkandung dalam Perlembagaan Malaysia yang menyatakan mana-mana rakyat
Malaysia akan terbatal kewarganegaraannya jika pernah memohon dan
menjadi warganegara negara lain.
“Kita harus melihat kepada
perundangan di negara kita terutama dari segi perundangan tertinggi
iaitu perlembagaan negara kita yang hanya iktiraf satu kewarganegaraan
untuk rakyat Malaysia,” kata beliau.
Zahid berkata demikian
bagi mengulas usul melucutkan kelayakan Dr Ting Tiong Choon sebagai ADUN
Pujut diluluskan dalam persidangan hari Ke-2 Mesyuarat Pertama Penggal
Ke-2 DUN Sarawak ke-18.
Usul yang disokong 70 Adun dan 10
menentang dikemukakan selepas Tiong Choon dikatakan mempunyai 2
kewarganegaraan iaitu Malaysia dan Australia selepas lama bermastautin
di sana.
Tambah Zahid lagi, Perlembagaan Malaysia haruslah
tetap dijunjung sebagai sistem perundangan yang terulung dan dihormati
semua pihak.
“Ini bukan soal mempolitikkan isu tetapi ini
adalah soal prinsip yang dijunjung seluruh sistem perundangan dan rakyat
Malaysia,” katanya.
No comments:
Post a Comment