Tuesday, 1 November 2016
Rakyat Suka Kerja Di London, Cara Mat Sabu Perbodohkan Orang Kampung
Mohamad Sabu, seorang pemimpin pembangkang yang sentiasa membuat provokasi murahan dari kenyataan dan serangannya keatas kerajaan.
Presiden Parti Amanah Negara (PAN) yang sudah tidak diterima dalam PAS kerana tiada 'value' itu baru-baru ini sekali lagi membuat serangan bodoh yang tidak berasas.
Menurut Mohamad atau Mat Sabu, disebabkan ekonomi negara mengalami kegawatan, ramai orang Melayu telah memilih untuk bekerja di London.
Cerita Mat Sabu itu didongengkan beliau dalam catatan akhbar Parti PAN, 23-29 Oktober 2016.
Bagi mereka yang bekerja di bandar semestinya tidak bersetuju bahawa punca utama orang Melayu berhijrah ke London untuk bekerja disebabkan kekangan pekerjaan dan tahap ekonomi domestik yang mengucup.
Kalau ada yang Mat Sabu nampak bekerja lap cermin kereta itu sudah kantoi cerita bohong. Di London, mana ada pekerjaan lap cermin kereta kecuali di kedai Car Wash.
Itu pun Car Wash di London dioperasikan sendiri oleh rakyat tempatan di sana kerana cuci kereta "Hand Wash" adalah £3.99 sahaja. Kadar itu tidak sesuai untuk menggaji pekerja kerana kadar upah minumum sejam di UK adalah £7.20 sejam.
Kalau ada pun anak Melayu yang kerja di sana, mereka yang daripada kalangan pelajar di sana yang membuat "part time".
Dengan kadar £7.20 sejam, jika mereka bekerja selama 3 atau 4 jam ianya sudah cukup untuk wang lebihan saku mereka.
Mat Sabu reka cerita ini untuk tipu orang kampung sahaja. Ramai tidak tahu, penerbangan pergi ke London sudah murah sekarang sejak dipromosikan oleh MAS, hanya RM2,490. Memang nampak muka Melayu ramai di Heathrow sebab tiket sudah murah.
Lagi pun kalau Mat Sabu ke kawasan Bayswater, memang di situ ramai muka Melayu kerana sudah ramai orang Melayu bermastautin di sana sejak berpuluh tahun dahulu. Bangla yang jual "souvenir" di kawasan itu pun boleh cakap Melayu.
Di kawasan itu sudah ada Berjaya Hotel, Holiday Villa dan beberapa restoren Melayu. Cerita Mat Sabu dalam akhbar PAN itu macamlah cerita perbandingan Tesco UK dengan Tesco Malaysia.
Cerita rekaan untuk memperbodohkan orang kampung sahaja. Bukan senang senang UK hendak luluskan permit kerja untuk orang asing.
Sedangkan peluang pekerjaan khususnya di bandar-bandar utama negara ini masih di tahap yang baik.
Statistik pada Januari 2016 oleh Jabatan Perangkaan Malaysia menunjukkan jumlah pengangguran di negara ini pada 2015 berbanding 2016 adalah menurun sebanyak 0.6 peratus.
Kadar pengangguran di Malaysia adalah antara yang terendah di dunia.
Pada 2015, seramai 504,300 menganggur berbanding 501,500 pada tahun semasa. Jumlah ini bukanlah kerana disebabkan ketiadaan pekerjaan di negara ini, sebaliknya mereka tidak berminat untuk bekerja walaupun disediakan pekerjaan buat mereka.
Oleh demikian, tuduhan Mat Sabu yang mengatakan bahawa ramai orang Melayu terpaksa bekerja di London kerana susah untuk mencari pekerjaan di Malaysia merupakan suatu pembohongan untuk orang luar bandar, khususnya di kampung.
Kenapa orang kampung menjadi sasaran Mat Sabu? Ini kerana demografi orang kampung itu sendiri yang kebanyakannya bekerja sendiri dan tidak mengetahui situasi sebenar apa berlaku di tengah bandaraya.
Keduanya Mat Sabu tahu bahawa kawasan perkampungan merupakan 'kubu kuat' parti kerajaan, maka dia sengaja membawa persepsi jahat agar para penduduk di kampung terpengaruh dan tidak lagi menyokong pemerintah.
Mat Sabu sudah tidak releven dalam gerakan politik di Malaysia. Terbukti setiap hujah dan serangan Mat Sabu kepada parti pemerintah hanyalah seperti tin kosong yang tiada nilainya.
Kini Mat Sabu sudah menjadi 'dinasour politik' dalam pembangkang, sudah tiba masanya untuk dia bersara sahaja.
Sudah sudahlah Mat Sabu, banyak pukul tong kosong daripada cerita sebenar. Hati hatilah mendengar apa yang keluar dari mulut Mat Sabu.
Tulisan :
Beruang Biru
BB112, Selasa
1 November 2016
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment