Tuesday, 1 November 2016
Antara Air Dan Minyak, Mana Lebih Penting?
Bermula hari ini, harga runcit bagi minyak petrol RON95, RON97 dan Diesel naik sebanyak RM0.15 berkuatkuasa 1 November.
Seperti biasa, apabila pengumuman kenaikan harga minyak, maka “gegak gempita” satu Malaysia dengan pelbagai tohmahan jahat dilemparkan kepada kerajaan.
Sebenarnya, kebanyakan mereka yang membuat bising ini terlupa bahawa apa yang dilakukan oleh kerajaan hari ini semuanya berdasarkan cadangan Rafizi Ramli, Ahli Parlimen Pandan dari PKR yang mencadangkan supaya kerajaan mengapungkan harga minyak bersandarkan kepada harga semasa minyak di pasaran dunia.
Namun, ianya langsung tidak dipandang oleh mereka yang membenci kerajaan dan segala kesalahan dan bebanan terus diletakkan dibahu kerajaan kononnya menekan rakyat.
Pada masa yang sama, ramai di kalangan mereka yang mengagungkan pembangkang terlupa akan hakikat, mereka terpaksa menanggung derita hanya akibat kelalaian kerajaan pembangkang sendiri menunaikan tanggungjawab mereka terhadap rakyat.
Di Selangor hari ini, lebih 1.6 juta penduduk Selangor terjejas akibat acapkali terputus bekalan air. Jika mahu dibandingkan dengan petrol, bekalan air yang konsisten amat diperlukan setiap hari untuk kegunaan harian.
Tidak seperti petrol, kita hanya menggunakan selang tiga atau empat hari dalam seminggu. Namun, lumrah manusia, kita tidak dapat lari daripada menggunakan air untuk kehidupan kita seharian.
Walaupun kerajaan Selangor menjanjikan bekalan air percuma, namun dengan ketiadaan air, bukan sahaja ia menekan keperluan rakyat, malah mengganggu aktiviti harian.
Bayangkan jika pengasuh tadik menyampaikan mesej pada keluarga supaya membawa 5 liter air ke sekolah untuk keperluan anak anak, mandi dan membasuh hadas kecil dan besar.
Harga air 1.5 liter adalah RM2.25. Jika ada dua orang anak, maka penjaga itu perlu beli 10 liter air di kedai Speedmart.
Harganya dalam RM22.50 untuk sepuluh botol air 1.5 liter. Biasanya pusat rawatan air Selangor tutup selama 3 hari bila berlaku gangguan air. Sudah 6 kali berlaku gangguan air di Selangor, bermakna 18 hari secara keseluruhan.
18 hari bermakna keluarga itu berbelanja RM22.50 x 18 hari = RM405 untuk tahun ini sahaja. Apa boleh buat, RM405 ini terpaksa dibelanja demi mendapatkan air untuk anak anak.
Dengan purata petrol naik 0.15 sen ini, berapa agaknya lebihan belanja untuk bulan ini? Katakan setiap orang isi 20 liter petrol untuk kegunaan seminggu bekerja. Kalau sebulan, 4 kali isi. Maka jumlahnya adalah lebihan 80 liter x 0.15 = RM12 sahaja untuk bulan ini.
Mana lagi mahal, RM12 lebihan untuk petrol atau RM405 untuk air?
Tentunya air lebih penting. Mereka yang melenting bila naik 15 sen ini sudah bacakah belum Belanjawan Selangor yang dibentang Azmin semalam? Ada nampak perancangan Azmin untuk atasi masalah air.
Apa yang jelas, Bajet Azmin sejak jadi MB Selangor adalah defisit untuk tahun ketiga berturut turut, dari RM452 juta jadi RM900 juta defisit.
Katanya mahu fokus pembangunan, tidak guna juga fokus pembangunan kalau air tiada. Rakyat defisit RM405 akibat 6 kali gangguan air di Selangor
Jumlah ini melibatkan 1.6 juta penduduk yang terjejas di Hulu Langat. Air lagi penting dari memenangi Piala Malaysia. Sebab itu jangan marah rakyat kalau mereka "troll" Azmin sebab isu air.
Memang air penting dari minyak. Satu hari badan memerlukan air 8 liter, minyak 20 liter seminggu baru habis kalau tidak ke mana mana. Kena rasional, isu air lagi penting dari minyak.
Tulisan :
Beruang Biru
BB113, Selasa
1 November 2016
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment