Tuesday, 1 November 2016

Terjun jambatan: Jangan halalkan bunuh diri sebab politik - PAS

Ini satu peringatan kepada pihak pembangkang yang tak ada class dan sanggup buat apa saja untuk menjatuhkan kerajaan.

Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS Pusat, Datuk Dr Khairuddin Aman Razali mengingatkan mana-mana pihak agar tidak menghalalkan perbuatan membunuh diri dan menjadikan si pelaku sebagai wira penentang kezaliman.

Beliau menegaskan, membunuh diri kerana kecewa adalah perbuatan yang salah bahkan satu janayah dan manusia tiada hak untuk mengambil nyawa sendiri.

"Menentang kezaliman adalah dengan berjuang mengikut kadar masing-masing mengikut lunas-lunas agama dengan hati, lidah dan tenaga serta kuasa. Jika ditakdirkan mati kerana menentang kezaliman dan mempertahankan kehormatan diri, matinya adalah mati syahid.

"Mengambil nyawa sendiri sebagai manifestasi menentang kezaliman jika berlaku adalah tindakan yang salah sama ada salah pada norma kehidupan manusia atau salah dari sudut agama," katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata demikian dipercayai merujuk kepada tindakan lelaki yang membunuh diri dengan terjun dari jambatan kedua Pulau Pinang baru-baru ini.

Mohd Sukri Saad, 38 terjun dari jambatan berkenaan kerana kecewa dengan tindakan pihak berkuasa ke atasnya.

Dalam status terakhirnya di laman facebook yang menjadi viral di media sosial, berkata dia enggan berdepan hukuman penjara empat bulan sekiranya didapati bersalah menjual rokok seludup.

Dia menyatakan tertekan dengan kerajaan yang zalim dan menganggap hukuman berkenaan tidak setimpal dengan kesalahan yang dilakukannya berbanding kes jenayah berskala besar lain.

“Yang pengarah tibai berjuta (ringgit) boleh lepas pulak dengan duit jaminan. Celaka punya pimpinan kerajaan sekarang. Berniaga kedai runcit kampung je bukan untung besar pun, margin cukup nipis dibebani dengan cukai GST lagi.

“Ku tak sanggup lagi menyusahkan orang dengan meminjam duit. Mulaku pilih untuk dipenjara tapi terkenangkan anak nanti digelar anak banduan.

“Ya Allah ampuni dosaku Ya Allah. Ku tahu Kau memahami dan Maha Mengampun. Ku benarkan status terakhirku ini jadi viral untuk beritahu kita dipimpin pemimpin yang zalim,” kata peniaga itu lagi.

Mengulas lanjut, Khairuddin berkata, masyarakat harus bersimpati dengan mereka yang membunuh diri jika ia berlaku kerana kekecewaan lantaran tidak mendapat pembelaan.
Namun katanya, menjadikan peristiwa tersebut sebagai ikon menentang kezaliman adalah salah.

"Lebih-lebih lagi kita bersimpati dengan keluarga mangsa.

"Namun, menjadikan peristiwa tersebut sebagai ikon menentang kezaliman adalah salah. Matlamat tidak menghalalkan cara.

Jangan pula selepas ini lebih ramai pula khususnya orang politik membunuh diri kerana kecewa terhadap sistem yang zalim. Itu adalah perlakuan orang yang putus asa daripada rahmat Allah," katanya.


No comments:

Post a Comment