Monday 31 October 2016

Tak sempat bawa jumpa keluarga



JAWI - Hasrat seorang lelaki yang mahu membawa kekasihnya berjumpa dengan keluarga tidak kesampaian apabila maut dalam kemalangan di Kilometer 166.1 Lebuhraya Utara Selatan, di sini pagi semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 8 pagi, mangsa S Mogan, 39, dan bakal isterinya, K Kanagavali, 24, dari Trong dalam perjalanan ke rumah keluarga lelaki terbabit di Bagan Dalam, Butterworth.

Walau bagaimanapun, kenderaan jenis BMW yang dipandu Mogan tiba-tiba terbabas ke bahagian kiri lebuh raya dan berpusing sebelum terbalik.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan, Superintendan Shafee Abdul Samad berkata, akibat kejadian itu, pemandu kereta terbabit mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan disahkan maut di tempat kejadian. Manakala, kekasihnya mengalami kecederaan pada bahagian kaki dan tangan.
“Siasatan di tempat kejadian mendapati mangsa terbabas sendiri dan kemalangan tidak melibatkan kenderaan lain.

“Kita masih lagi menjalankan siasatan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian dan mayat mangsa dibawa ke Hospital Sungai Bakap untuk bedah siasat,” katanya.

Shafee berkata, kes berkenaan akan disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
"Saya meminta kerjasama orang ramai yang melihat kejadian itu agar menyalurkan maklumat kepada mana-mana balai polis berhampiran untuk membantu siasatan," katanya.

No comments:

Post a Comment