Monday 31 October 2016

Masalah Banjir Di P. Pinang Makin Kritikal : Kerajaan Dap Diselar Cuba Lepas Tangan


PULAU PINANG, 31 Okt – Setiausaha Organisasi Nasional Parti Alternatif Rakyat (PAP), Rahmad Isahak mendesak kerajaan negeri Pulau Pinang yang diterajui Dap agar segara mencari pelan alternatif secara drastik bagi mengatasi masalah banjir kilat yang semakin meruncing daripada terus melukut di tepi gantang mengharapkan bantuan daripada pihak kerajaan pusat semata-mata.

Jelasnya, Dap juga jangan sesekali menuding jari kepada kerajaan pusat sedangkan masalah banjir di negeri itu adalah punca daripada kerakusan pimpinan mereka sendiri.

“Salah satu faktor besar penyumbang masalah banjir kilat adalah kerana hasil pembangunan kawasan bukit serta lereng bukit yang diluluskan oleh pihak kerajaan Dap sendiri.

“Sebelum tahun 2008 iaitu semasa pemerintahan Barisan Nasional (BN), masalah banjir hanyalah isu sampingan kerana ketika itu kawasan hijau, kawasan tadahan air, kawasan pertanian mahupun bukit dan lereng bukit sebahagiannya tetap dikekalkan sebagai zon di luar kawasan zon pembangunan, tetapi apa sudah berlaku sekarang?

“Semenjak Dap memerintah masalah banjir semakin teruk dan tiada sebarang tindakan mitagasi tebatan banjir dilakukan oleh mereka. Tetapi kini bila semakin meruncing mengapa tuding jari kepada kerajaan pusat pula,”

Rahmad turut membidas Dap jangan hanya menjadi kerajaan negeri yang pandai berpolitik dan beretorik serta hanya tahu meluluskan projek berskala besar tetapi rakyat yang terpaksa menanggung akibat daripada sikap tamak mereka.

No comments:

Post a Comment