Friday, 28 October 2016
Pasar mini di Air Itam sorok 320kg minyak minyak masak
BUKIT MERTAJAM: Tidak sampai 24 jam kerajaan mengumumkan penstrukturan harga minyak masak, seorang peniaga di sini, dikesan menyembunyikan bahan itu semata-mata mahu mengaut keuntungan lebih.
Kegiatan itu dikesan dilakukan sebuah pasar mini di Air Itam, Georgetown, apabila pemeriksaan yang dilakukan pegawai Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Pulau Pinang semalam, menemui 64 botol minyak disembunyikan di stor premis.
Pengarah KPDNKK negeri, Mohd Nawardi Saad, berkata minyak masak berkenaan dianggarkan bernilai kira-kira RM900 dipercayai disorok peniaga terbabit kerana mahu menunggu harga selepas penstrukturan mulai 1 November ini.
Berikutan itu, katanya, kompaun dikenakan ke atas peniaga berusia 30-an terbabit kerana kesalahan menyembunyikan barang kawalan dengan niat mahu mendapatkan keuntungan lebih dan menyebabkan kekurangan bekalan di pasaran.
"Setakat ini, melalui pemeriksaan yang dibuat hanya seorang peniaga ini sahaja yang dikesan melakukan kesalahan menyorok bekalan minyak masak dan tindakan sudah diambil," katanya pada sidang media selepas mengadakan tinjauan Skim Kawalan Harga Sempena Musim Perayaan Deepavali petang semalam.
Katanya, hingga kini bekalan minyak masak di negeri ini adalah mencukupi dan pihaknya sentiasa membuat pemantauan berterusan bagi memastikan pengguna memperoleh stok bahan berkenaan.
Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/206645?m=1
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment