Friday, 28 October 2016

KPN Dedah Agenda Licik BERSIH 5.0


Di saat ramai yang menolak gerakan BERSIH , kumpulan haram terbabit semakin galak mengatur geraknya.Ramai yang sedar betapa kehadiran BERSIH secara tidak langsung lebih mendatangkan keburukan daripada kebaikan.

Apa yang berlaku sebelum ini seharusnya menjadi pengajaran kepada pihak berkuasa dalam menentukan tindakan seterusnya bagi menangani gerakan haram seumpama ini yang jelas melanggar undang-undang.

Kenyataan terbaru Ketua Polis Negara , Tan Sri Khalid Abu Bakar seharusnya menjadi titik nokhtah dan sesuatu perlu dilakukan segera supaya BERSIH tidak diteruskan.

Khalid berkata penganjur perhimpunan Bersih 5.0 sengaja tidak mahu mengikut peraturan seperti terkandung dalam Akta Perhimpunan Aman 2012 (APA 2012) kerana mahu menarik perhatian dunia , beliau berkata menerusi cara itu penganjur tersebut mahu menunjukkan kepada masyarakat dunia bahawa kononnya anggota penguatkuasa di negara ini menyekat kebebasan rakyatnya untuk bersuara dan berhimpun.

“Nasihat saya patuhilah peraturan seperti terkandung dalam APA 2012, kenapalah susah sangat (patuhi peraturan). Mereka (penganjur) ini suka kalau nanti kita guna FRU (Federal Reserve Unit) bawa water cannon (penyembur air), mereka suka la macam tu.

“Negara kita ini ada undang-undang bukannya negara ‘cowboy’…kalau dia (penganjur) masih lagi kekal dengan keputusan melanggar undang-undang maka bersedialah dengan tindakan undang-undang,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Khalid berkata penganjur disarankan agar mengikut saluran yang betul sebelum mengadakan sebarang perhimpunan termasuk membuat permohonan dan mendapatkan kebenaran bagi lokasi yang dipilih mereka.

“Peruntukan undang-undang memerlukan notis dikemukakan 10 hari sebelum perhimpunan dibuat seterusnya dapatkanlah kebenaran tuan punya tempat, kalau tak bagi banyak lagi tempat lain boleh dibuat selain Kuala Lumpur. Jadi patuhilah peraturan, apa yang payah sangat?,” katanya.

Kalau masih ada lagi yang menuduh kononnya Malaysia tidak mengamalkan kebebasan bersuara maka jelaslah mereka-mereka itu bukan dari kalangan manusia normal.Bayangkan walaupun himpunan haram BERSIH pernah meninggalkan sejarah hitam buat pasukan keselamatan , pihak polis masih lagi membenarkan himpunan terbabit cumanya ia perlu melalui proses undang-undang.

Berdasarkan agenda licik yang didedahkan oleh Khalid itu dapatlah kita simpulkan betapa gerakan BERSIH ini cukup merbahaya dan ia bukan sahaja bakal memberikan persepsi negatif terhadap negara bahkan menggugat keselamatan negara.

Dan kalau diamati kenyataan Ketua Polis Negara bahawa BERSIH punya agenda tersendiri yang kini sudah dihidu oleh pasukan keselamatan maka seharusnya tindakan tegas di ambil selepas ini 

No comments:

Post a Comment