Mayat Mohd Shukri Saad, 38 tahun, yang terjun dari Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah pada Radu lalu, ditemui pagi tadi oleh sekumpulan nelayan kira-kira 4km dari lokasi kejadian.
Jurucakap polis berkata, mayat lelaki itu ditemui dalam keadaan berpakaian lengkap dan memakai beg sandang.
Mayat akan dibawa ke Jeti Batu Musang sebelum diserahkan kepada pihak hospital untuk bedah siasat siasat dan pengecaman identiti.
RINGKASAN KEJADIAN : Maklumat awal dari pemanggil menyatakan terdapat sebuah motosikal jenis Modenas bernombor pendaftaran PHM 6667 ditinggalkan di atas jambatan bersama-sama sebuah telefon bimbit. Pemanggil juga memaklumkan ternampak mangsa telah terjun ke dalam laut dan timbul, kemudianya terus tenggelam. Operasi mencari dan menyelamat mangsa sedang dilakukan dan di bantu oleh Pasukan PPDA JBPM, APMM, Polis Marin dan APM .
TINDAKAN YG SEDANG DILAKUKAN : Laporan terkini 28/10/2016 (0900 Hrs). Pusat Gerakan Operasi menerima panggilan mengenai penemuan mayat di permukaan laut oleh sekumpulan nelayan, 1 batu nautika dari kawasan mangsa dikatakan terjun pada jam 0813 hrs. Komander Operasi Pasukan PPDA JBPM serta Komander Operasi Kanan keluar ke lokasi penemuan mayat pada jam 0829 hrs. Mayat mangsa ditemui ( N 05°1521.1 E 100°1943.7) pada jam 0902 hrs dan kerja-kerja mengangkat mayat dilakukan untuk dibawa ke Jeti Batu Musang untuk disererahkan kepada pihak Polis untuk tindakan seterusnya. Komander Operasi lapor kerja-kerja Operasi Mencari dan Menyelamat selesai dan bertolak balik ke Pangkalan Unit Marin JBPM Bomba .
BANTUAN AGENSI LUAR : APMM ,Polis Marin dan APM.
No comments:
Post a Comment