Monday, 17 October 2016

Mahathir Lahirkan Melayu Yang Gila Kuasa & Tamak



Kembalinya Mahathir dalam kancah politik Malaysia dengan menubuhkan parti bunga raya klon kepada Umno sebenarnya telah mengumpulkan pemimpin dan ahli Umno yang selama ini berpura-pura dalam perjuangan parti.

Mereka yang kecewa juga ramai dan tidak terkecuali untuk melompat ke Pribumi. Ada juga yang cuba tubuhkan parti baru tapi kredibiliti mereka masih diragui.

Tapi kenapa ini semua terjadi? Mesti ada sesuatu disebalik lompatan tersebut.

Biasa laaa kalau ada gula di situ semut akan hurung. Bila gula habis maka bertebaranlah semut untuk mencari gula yang lain. Resam semut ini boleh diibaratkan dengan tabiat dan perangai pemimpin politik masa kini.

Pribumi ada Mahathir dan parti yang ditubuhkan adalah parti yang berasaskan parti Melayu. Mereka telah melihat potensi Mahathir yang terdesak untuk mengejar politik peribadi dan mahu membalas dendam bagi pihak kroninya.

Maka pemimpin Melayu yang kecewa seterusnya lompat parti mula pasang strategi. Malah mereka yang masih menjadi ahli dan pemimpin dalam PAS, PKR, PAN dan DAP juga sudah mula merapatkan diri mereka dengan Mahathir dan Pribumi.

Semua ini untuk apa? Mereka lakukan semua ini adalah untuk melayakkan mereka untuk menjadi pemimpin yang lebih kanan sekiranya gabungan parti Mahathir dan Pakatan Harapan menang dalam PRU14 nanti.

Pemimpin Melayu ini juga sudah boleh memasang angan-angan untuk menyandang jawatan tertinggi suatu masa nanti kerana mereka tahu Mahathir boleh dikeldaikan selagi dia sihat dan selagi dia boleh bersuara bagi pihak mereka yang ketandusan habuan dan jawatan.

Bagi pemimpin seperti Muhyiddin, Mukhriz, Anwar, Rafizi, Azmin Ali dan Mat Sabu, mereka tahu mereka layak untuk menjadi PM kerana mereka Melayu. Perlembagaan dan undang-undang yang berkaitan termaktub PM mesti Islam dan Melayu.

Cina, India dan bangsa lain tidak akan pernah mendapat tempat untuk menjadi PM. Namun mereka kemungkinan hanya akan diberi jawatan TPM sahaja. (ITUPUN KALAU MELAYU TAK TAMAK).

Jadi tidak mustahil keadaan PKR semakin parah dan yang dapat kita lihat Wan Azizah keseorangan bila partinya dihimpit pelbagai masalah. Hanya pasangan merpati dua sejoli Tian Chua dan Nurul Izzah sahaja yang buat kerja.

Pemimpin lain seperti Saifuddin Nasution, Johari Abdul dan lainnya hanya bekerja di balik tabir kerana malu dengan pencapaian parti mereka setelah ketiadaan Anwar Ibrahim.

Sama juga tabiat pemimpin dari parti lain, mereka sanggup khianati perjuangan parti mereka untuk mengejar sesuatu yang belum pasti lagi. Manakala yang tinggal pun gila nak tubuhkan parti baru untuk bergabung dengan parti bunga raya.

Lain pula ceritanya dengan parti Cauvinis dan rasis DAP. Mereka hanya menumpang tuah hasil percakaran dan perebutan kuasa antara pemimpin Melayu ini.

Matlamat dan prinsip mereka mudah sahaja, biar tidak dapat kuasa asalkan mereka boleh menguasai ekonomi di Malaysia. Lambat laun Melayu akan tunduk pada mereka juga.

No comments:

Post a Comment