Monday, 17 October 2016

Analisis : Akr Umbi DAP Tolak Kerjasama dengan PPBM



Melalui analisis yang dijalankan ke atas penyokong DAP didapati bahawa sokongan penyokong terhadap DAP semakin berkurangan berikutan tindakan parti itu mengadakan kerjasama dengan parti Tun Mahathir Mohamad PPBM.

Keretakan hubungan antara DAP dan PAS telah tidak dapat dibendung lagi setelah parti yang dikuasai kaum Cina itu bertindak membentuk Pakatan Harapan yang hanya disertai oleh PKR manakala PAN yang menjadi pengganti kepada PAS.

Hasil analisis yang dijalankan mendapati bahawa hubungan DAP dan PKR dalam pakatan juga tidak erat seperti yang disangkakan. Buktinya, ketika pilihan raya negeri (PRN) Sarawak yang telah berlalu, kedua-dua parti saling bercakaran dalam soal memilih calon sehingga berlaku pertembungan sesama sendiri di beberapa kawasan.

Pertelingkahan itu menyebabkan DAP telah kehilangan lima kerusi DUN yang dimenangi pada PRN sebelum itu.

Kini, kita melihat Pakatan Harapan adalah gabungan tidak lengkap kerana DAP, PKR dan PAN cenderung membawa haluan masing-masing. Manifesto yang dipersetujui bersama juga masih samar-samar.

Berikutan masalah ini, ada pihak yang berpendapat satu cara untuk DAP meneruskan agenda bagi menarik lebih banyak sokongan pengundi khususnya orang Melayu adalah dengan mengadakan kerjasama dengan PPBM yang ditubuhkan oleh Tun Mahathir Mohamad seolah – olah akan menjadi penyelamat terakhir kepada DAP.

Bagaimanapun, pemimpin DAP tidak mendapat reaksi awal daripada penyokong terlebih dahulu. Mereka terburu – buru membuat keputusan demi kepentingan politik mereka sahaja dan bukannya rakyat.

Ini dapat dibuktikan, semasa majlis jamuan sempena ulang tahun DAP ke-50 baru-baru ini, Lim Kit Siang mengajukan soalan “Adakah DAP mahu bekerjasama dengan Mahathir?” sebanyak tiga kali kepada para hadirin.

Bagaimanapun, tindak balas daripada hadirin memalukan Kit Siang apabila mereka hanya senyap sahaja. Adakah itu satu amaran kepada Lim Kit Siang dan parti DAP sendiri ?

No comments:

Post a Comment