Monday, 17 October 2016

Kenapa Lim Guan Eng Berbohong


Semalam, Ketua Menteri Pulau Pinang yang sudah didakwa di mahkamah kerana dituduh melakukan jenayah rasuah, Lim Guan Eng membuat satu kenyataan media sebagai reaksi kepada pendedahan Setiausaha Agung Gerakan, Liang Teck Meng, Pulau Pinang adalah negeri paling rendah mencatatkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) bagi tempoh 2008 hingga 2015.

Guan Eng mendakwa Pulau Pinang merekodkan pertumbuhan KDNK paling tinggi pada 2015 dan paling rendah pada 2007 (ketika Gerakan masih mentadbir negeri itu) di kalangan 15 negeri dan turut mendakwa kononnya beliau telah mengubah Pulau Pinang.

Untuk mengukuhkan dakwaannya itu, Guan Eng mengemukakan tiga data yang dikatakan diperolehi daripada Institut Pulau Pinang yang merekodkan KDNK per kapita bagi tahun 2005, 2006, 2007, 2013, 2014 dan 2015.

Bukan sahaja data itu datang daripada sebuah institut yang dikawal kerajaan negeri DAP di Pulau Pinang, malah data yang dikemukakan Guan Eng sangat berbeza daripada maklumat rasmi yang dikeluarkan oleh Jabatan Statistik yang menunjukkan Pulau Pinang adalah ketiga paling rendah pada 2007 berbanding dakwaannya paling rendah.

Guan Eng bagaimanapun tidak mengemukakan data pertumbuhan KDNK bagi tahun 2008, 2009, 2010, 2011 dan 2012, yang saya rasa tidak memihak kepada DAP.
Sepanjang lapan tahun mentadbir Pulau Pinang, Guan Eng hanya berani mengeluarkan data untuk tiga tahun.

Tak tipu bukan Tokong.

Bukan sahaja Guan Eng memanipulasi kedudukan dengan mengeluarkan data berbeza daripada maklumat rasmi Jabatan Statistik, malah beliau mengeluarkan data secara berpilih yang hanya memihak kepadanya dan tidak mendedahkan keseluruhan data.

Guan Eng mendakwa Gerakan telah gagal mentadbir ekonomi Pulau Pinang dan mendakwa itulah sebabnya KDNK per kapita bagi Pulau Pinang pada 2007 adalah rendah.

Guan Eng bagaimanapun tidak menyebut pertumbuhan KDNK per kapita pada 2006 di Pulau Pinang adalah 10.4 peratus (angka dari Guan Eng) manakala Jabatan Statistik pada 15.2 peratus.

Malah, Guan Eng langsung tidak menyebut pada 2007 adalah tahun di mana berlaku krisis subprima dan permulaan kepada Kemelesetan Ekonomi Dunia di mana pengeluaran eksport Pulau Pinang turut terjejas dan mengalami penurunan.

Guan Eng juga tidak menyebut penyebab kepada pertumbuhan di Pulau Pinang pada 2014 dan 2015 adalah kepada Ringgit yang lemah yang menjadi faktor kepada jualan eksport lebih tinggi dan ini menyumbang kepada pertumbuhan KDNK Pulau Pinang.

Pada satu sudut, Guan Eng dan DAP menyalahkan Ringgit yang lemah manakala pada satu sudut lain, Guan Eng dan DAP mendakwa pertumbuhan tinggi di Pulau Pinang pada 2014 dan 2015 cuma tidak dijelaskan ia adalah daripada RInggit yang lemah yang dibidas mereka.

Guan Eng menggunakan data yang salah yang diperolehi daripada Institut Pulau Pinang yang dikawalnya, mengenepikan beberapa maklumat dan kemudiannya mendakwa Gerakan telah gagal pada 2007 dan kononnya dia telah 'berjaya' menyelamatkan Pulau Pinang.

Ketua Menteri ini juga berbohong kononnya sebelum 2008, Pulau Pinang mengalami bajet defisit walhal negeri itu (ketika pentadbiran Gerakan), ditadbir pada lebihan belanjawan pada 2007 juga.
Kenapa perlu tipu?

Dalam kenyataan media yang sama, Guan Eng mengulangi pembohongannya kononnya dia bertanggungjawab mengurangkan hutang negeri pada 95 peratus walhal Kerajaan Persekutuan yang mengubah hutang kerajaan negeri pada 2011 kepada bayaran ansuran selama 45 tahun, bermakna Pulau Pinang masih berhutang jumlah yang sama.

Guan Eng turut mengulangi fakta bahawa Transparency International memuji Pulau Pinang pada 2009 berdasarkan kepada janjinya namun pujian itu tidak pernah lagi datang kerana sistem tender terbuka dan Freedom Of Information (Ketelusan Maklumat) di negeri itu gagal mencapai objektifnya.
Hakikat itu tidak menghalang Guan Eng untuk menggunakan 'pujian' basi itu selama tujuh tahun.
Bagaimanapun, Guan Eng langsung tidak menyentuh mengenai penurunan pelaburan sejak 2011 dan perbelanjaan tahunan kerajaan negeri yang berlipat kali ganda.

Malah, angka dikeluarkan Guan Eng sebenarnya turut mengesahkan Pulau Pinang adalah negeri paling rendah mengalami pertumbuhan KDNK per kapita bagi tempoh 2008 hingga 2015.
Statistik rasmi KDNK per kapita negeri bagi tempoh 2005-2006.

https://www.statistics.gov.my/…/LatestRelea…/gdp/Jadual3.pdf
Statistik rasmi KDNK per kapita bagi tahun 2007:
https://www.statistics.gov.my/…/L…/gdp%20negeri/Jadual_5.pdf
Kenyataan Media Lim Guan Eng:
https://www.facebook.com/cmlimguaneng/posts/1400634479966649

Oleh Lim Sian See

No comments:

Post a Comment