Tuesday, 25 October 2016

Kerajaan DAP Pulau Pinang tidak hormati Deepavali


GERAKAN Pulau Pinang mengkritik tindakan kerajaan negeri yang didakwa tidak sensitif terhadap kaum India apabila menganjurkan program Penang Run 2016 ketika perayaan Deepavali.

Naib Ketua Pemuda GERAKAN negeri, H Puvaniten, berkata program anjuran sepenuhnya kerajaan negeri itu dijangka akan diadakan pada hari kedua perayaan Deepavali.

"Jika perayaan kaum lain, hari kedua itu biasanya akan diadakan Majlis Rumah Terbuka, tetapi di Pulau Pinang kerajaan negeri memilih untuk 'mengabaikan' saja perayaan Deepavali.

"Apa guna ada Timbalan Ketua Menteri berketurunan India tetapi hanya mendiamkan diri saja. Kerajaan negeri langsung tidak sensitif terhadap keperluan kaum India di negeri ini," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di Ibu Pejabat GERAKAN Pulau Pinang di sini, hari ini.

No comments:

Post a Comment