Tuesday, 25 October 2016

Ikan Kerapu gergasi terdampar di Teluk Bahang



GEORGE TOWN – Sekumpulan pengunjung termasuk peniaga dan pemandu bot pelancong di Pantai Sakinah, Teluk Bahang di sini gempar dengan penemuan seekor ikan kerapu gergasi yang terdampar di tepi pesisiran pantai itu kelmarin.
Ikan yang dianggarkan seberat 50 kilogram (kg) itu ditemui dalam keadaan sudah mati, busuk serta badannya kemerah-merahan kira-kira pukul 8.30 pagi.
Spesies ikan itu dipercayai dibawa arus kuat selepas hujan lebat pada hari berkenaan.
Saksi kejadian yang juga seorang pemandu bot pelancong, Mohd. Shahrin Sabudin, 32, berkata, pada mulanya dia berasa curiga dengan penemuan objek bersaiz besar yang dilihat seperti batang kayu di pesisiran pantai berkenaan.
“Namun, sebaik mendekatinya, saya terus tergamam apabila objek yang dilihat itu rupa-rupanya seekor ikan kerapu yang sudah mati.
“Berita mengenai penemuan ikan itu juga turut mendapat perhatian penduduk sekitar termasuk pengunjung tempatan dan asing terutama warga Arab yang semasa itu berada di lokasi berkenaan,” katanya ketika dihubungi Kosmo! 
Sumber kosmo

No comments:

Post a Comment