Saturday, 29 October 2016

Georgetown Dilanda Banjir Kilat


Beberapa kawasan di sekitar pusat bandar raya, Georgetown, Pulau Pinang dilanda banjir kilat ekoran hujan lebat sejak pukul 3 petang tadi.
Air naik sehingga 3 meter di kawasan terjejas ekoran limpahan air sungai.
Jurucakap bomba dan penyelamat negeri berkata, daerah timur laut paling teruk dengan lebih 5 kawasan terjejas.
Antaranya Jalan P. Ramlee, Jalan Paya Terubong, Jalan Thean Teik, Taman Lumba Kuda dan Jalan Masjid Negeri ditenggelami air sehingga paras paha.
Beberapa laporan kenderaan terperangkap di dalam banjir kilat dan kenderaan rosak dihempap pokok tumbang turut diterima.
Menurutnya lagi, pihaknya sedang menggerakkan usaha menyelamat mangsa terjejas.
Banjir kilat ini juga menyebabkan kesesakan lalu lintas dan tanah runtuh.


No comments:

Post a Comment