Thursday, 3 March 2016
ADUN DAP Pulau Pinang Dedahkan ‘Tokey Besar’
ADUN DAP Pulau Pinang Dedahkan ‘Tokey Besar’ Di Sebalik Pentadbiran Guan Eng?
ADUN Tanjung Bungah dari DAP Teh Yee Cheu menasihatkan kerajaan Pulau Pinang agar tidak terpengaruh oleh “kapitalis” apabila membuat keputusan mengenai pembangunan di negeri ini.
“Nasihat kapitalis biasanya tidak memberi manfaat kepada rakyat dalam jangka masa panjang,” katanya pada sidang akhbar di George Town hari ini untuk menyuarakan kebimbangan ke atas Pelan Induk Pengangkutan (TMP).
Projek RM27 bilion TMP melibatkan rancangan untuk menambak semula hampir 4,000 ekar tanah di bahagian selatan pulau itu.
Projek ini dijangka akan memberi kesan kepada 900 nelayan di 10 buah kampung. Juga dalam perancangan ialah rancangan untuk membangunkan sistem Transit Aliran Ringan dari Bayan Lepas.
“Berapa peratusan tanah yang ditambak akan memberi manfaat kepada rakyat dan berapa banyak peratusan tanah yang akan memberi manfaat kepada pemaju?”
“Laluan bawah tanah adalah lebih baik untuk LRT kerana tanah di atasnya masih boleh digunakan orang ramai, tidak seperti LRT yang melibatkan pengambilan tanah,” kata Teh.
Teh mencetuskan kontroversi pada November lalu apabila menyokong gerakan Umno untuk menghentikan projek-projek penambakan di Dewan Undangan Negeri.
Beliau menarik balik sokongan selepas 30 minit dan memohon maaf atas “kesilapan” beliau. Teh kemudian meletakkan jawatan sebagai Setiausaha Organisasi DAP negeri.
Beliau terus menentang model pembiayaan TMP yang melibatkan penambakan, yang beliau percaya boleh memudaratkan alam sekitar dan kehidupan rakyat.
Walaupun kerajaan negeri telah mengadakan beberapa sesi rundingan awam, Teh mempersoalkan sekiranya orang ramai telah dirujuk secukupnya berhubung rancangan itu oleh SRS Consortium- rakan pelaksana projek TMP.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment