Thursday, 3 March 2016

Tuduhan Menghasut Tiada Tindakan Terhadap Tian Chua


KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi hari ini mengekalkan keputusan yang membebaskan anggota Parlimen Batu Tian Chua daripada pertuduhan menghasut berhubung kenyataannya berkaitan insiden pencerobohan di Lahad Datu, Sabah, tiga tahun lepas.



Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Nordin Hassan menolak rayuan pihak pendakwaan terhadap keputusan Mahkamah Sesyen di sini pada 14 Nov 2014 yang melepas dan membebaskan Tian Chua, atau nama sebenarnya Chua Tian Chang, 52, daripada pertuduhan itu.

Tian Chua didakwa membuat kenyataan kononnya pencerobohan di Lahad Datu adalah konspirasi terancang UMNO untuk mengalih perhatian dan menakut-nakutkan rakyat.

Dia didakwa melakukan perbuatan itu di Fraser Business Park, Jalan Metro Pudu, off Jalan Yew di sini pada kira-kira 11 pagi 1 Mac 2013 mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan 1948.

Pertuduhan itu membawa hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda RM5,000 atau kedua-duanya bagi kesalahan pertama, dan penjara lima tahun bagi kesalahan seterusnya.
Mudahnya Pemimpin Pembangkang terlepas sebegitu sahaja.

Tian Chua kekal bebas tuduhan menghasut isu pencerobohan Lahad Datu

www.astroawani.com/berita-malaysia/tian-chua-kekal-bebas-tuduhan-menghasut-isu-pencerobohan-lahad-datu-97044

No comments:

Post a Comment