Thursday, 3 March 2016

Pengusiran Paksa,Rakyat Bangkit Tentang Kezaliman Kerajaan P.Pinang.


PENIAGA UPTOWN BANDAR PERDA IKRAR BERSAMA SAMA PENDUDUK KAMPUNG TOK SUBUH MENENTANG PENGUSIRAN PAKSA.

Peniaga peniaga uptown Bandar Perda mengikuti secara teliti kronologi isu penduduk kampung Tok Subuh sejak dari awal hingga ke hari ini.



Sebagai kesatuan peniaga prihatin kami memandang serius terhadap isu pengusiran paksa penduduk oleh pihak tuan tanah iaitu Distinct Class Sdn Bhd tanpa mahu memberi pampasan setimpal kepada penduduk.

Pihak kami berpendapat tuntutan penduduk adalah munasabah di bandingkan nilai rumah mereka yang hendak di robohkan dan pihak tuan tanah sudah pasti sudah sedia maklum akan kos yang mareka perlu ada sewaktu membeli tanah ini.

Maka dengan itu kami berpendapat bahawa tindakan pihak tuan tanah tidak mahu membayar pampasan sebelum penrobohan rumah rumah di kampung ini adalah di disengajakan kerana mempunyai muslihat tertentu untuk mengena musuh politik mereka tetapi malangnya  penduduk kampung yang menjadi mangsa akibat dari permusuhan politik ini.

Berhubung dengan itu kami peniaga peniaga uptown Bandar Perda mendesak pihak berkenaan agar jangan sesekali mengusir penduduk secara paksa sehinggalah bayaran pampasan kepada semua penduduk di bayar agar mereka mampu untuk mendapatkan rumah ganti selepas keluar dari kampung ini.

Kami juga mengesa pihak polis agar menjadi pelindung kepada penduduk sekiranya berlaku pemaksaan secara kekerasan dan jangan sekali kali melakukan kekasaran terhadap penduduk yang mempertahankan rumah mereka.

Kami juga berikrar akan turut sama dengan penduduk kampung mempertahankan rumah mereka dari di robohkan sekiranya berlaku pengusiran paksa oleh pihak tuan tanah.

Doa kami isu ini di selesaikan dangan baik agar tidak terjadi apa apa yang tidak di ingini.

Sekian.

Persatuan Peniaga Uptown
Bandar Baharu Perda
Permatang Pauh

No comments:

Post a Comment