Monday, 15 February 2016
BATU UBAN : SEJARAH AWAL PULAU PINANG.
Penulis :Profesor Dato' Dr. Ahmad Murad Merican.
Penerbit :Dewan Bahasa dan Pustaka (2015)
Suatu penulisan yang cukup menarik / penting dalam proses persejarahan negara. Berikut adalah beberapa perkara menarik dalam buku tersebut.
Buku ini menceritakan tentang sejarah penempatan awal masyarakat Melayu @ Minangkabau di Batu Uban, Pulau Pinang / Kedah yang wujud sebelum kedatangan Francis Light lagi. Penulis berjaya menyediakan suatu huraian yang lengkap menggunakan pelbagai fakta dan contoh berkaitan usaha membuktikan kepentingan perjuangan mendapatkan pengiktirafan tapak warisan kepada Batu Uban.
Selain itu, penulis sangat kritikal dalam menilai kegagalan pihak / agensi berkaitan dalam memastikan kelangsungan usaha menyelamatkan Batu Uban daripada ancaman pembangunan.
Akhir sekali , penulis turut berjaya dalam usaha menerangkan kepentingan / keperluan proses "meluruskan sejarah" demi kepentingan nasional. Proses "meluruskan sejarah" ini adalah suatu keperluan asas dalam reformasi persejarahan negara yang kini sangat berdasarkan presprektif barat.
Saya percaya buku ini mampu menyediakan suatu pendedahan yang cukup penting dan kritikal dalam usaha meluruskan sejarah , dengan harapan Batu Uban dapat dipuliharakan dan diwartakan sebagai kampung tradisional dan tanda kewujudan sejarah awal Pulau Pinang. Secara peribadi, saya berpendapat buku ini " wajib dibaca" oleh setiap warganegara di pelbagai peringkat, khususnya anak - anak muda kelahiran Pulau Pinang.
Bagi mereka yang berminat untuk mendapatkan buku ini, anda boleh berhubung dengan wakil DBP pada talian berikut:
En. Hassan : 019 - 2863845
Saya ingin mengambil kesempatan ini sebagai anak muda kelahiran Pulau Pinang untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada Profesor Dato' Dr. Ahmad Murad Merican atas perjuangan beliau dalam usaha mengekalkan sejarah warisan negeri Pulau Pinang.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment