Monday, 15 February 2016
Ambiga Dedahkan Pembohongan Lim Guan Eng.
Portal pro-pembangkang melaporkan bahawa DAP
Melaka terbabit dengan kemelut dalaman sejak sebelum pilihan raya umum lepas apabila pemimpin negeri yang tidak sehaluan dengan Lim Guan Eng DAP bertelagah dengan penyokongnya.
DAP juga telah menggantung keahlian selama setahun terhadap Ahli Parlimen Kota Melaka, Sim Tong Him, dan pengerusi DAP Melaka yang juga ADUN Duyong, Goh Leong San. Goh pula telah meletak jawatan sebagai ketua pembangkang Melaka kerana membantah kepimpinan DAP pusat yang campur tangan di negeri ini.
Bukan itu sahaja, Lim Guan Eng DAP turut berkonfrontasi dengan rakyat Pulau Pinang, NGO Pulau Pinang dan kini, NGO pusat.
Yang terbaru ialah kenyataan terbuka NGO HAKAM yang mengkritik dan memalukan Lim Guan Eng DAP secara terbuka. NGO Ambiga Sreenevasan ini telah menulis dan mendedahkan pembohongan pemimpin DAP ini.
Mereka merujuk kepada kenyataan yang dibuat pada sidang akhbar Lim Guan Eng, sehari selepas satu forum awam mengenai pembangunan bukit di Pulau Pinang yang dianjurkan oleh NGO Forum Pulau Pinang.
Isunya ialah kelulusan projek-projek pembangunan di atas tanah bukit - 250 kaki di atas paras laut dan / atau dengan cerun yang lebih daripada 25 darjah. Pembangunan adalah dilarang di atas tanah itu terdedah kecuali untuk "pembangunan terhad untuk projek-projek khas".TERUSKAN MEMBACA DISINI
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment