Monday, 15 February 2016

PAN Letak Calon Bukan Islam #PRNSARAWAK


Parti Amanah Negara (PAN) meletakkan calon bukan Islam dari kalangan anggota penuh parti itu dan bukan penyokong semata-mata bagi menghadapi pilihan raya negeri Sarawak.
Setiausaha Agungnya Mohd Anuar Tahir berkata parti itu juga akan meletakkan calon daripada pelbagai kaum yang mewakili pribumi kenyalang.
“Kami akan tur
unkan anggota penuh PAN dari calon bukan Islam.
“Malah, semua calon anak tempatan dan kalau ada peluang kita akan hantar calon dari kaum Cina dan Dayak. Ia akan diputuskan kepada Pakatan Harapan,” kata Anuar dalam sidang media di Wisma PAN hari ini.
PAS baru-baru ini mengumumkan akan bertanding di 11 kawasan DUN dan meletakkan calon bukan Islam pada pilihan raya negeri Sarawak yang dijangka Mac ini.
Mengulas lanjut, Anuar bagaimanapun berkata keputusan jumlah kerusi untuk AMANAH hanya akan diumumkan selepas mendapat persetujuan Pakatan Harapan.
“Kita tak tahu jumlah kerusi yang akan dipersetujui. Kalau ikutkan saya berpuluh kerusi kami mahukan, tetapi kita perlu menghormati keputusan Pakatan Harapan,” kata Anuar.SUMBER

No comments:

Post a Comment