Wednesday 17 May 2023

Tindakan Tegas Terhadap Pihak Tular , Provokasi Isu Laungan Azan - KP Pulau Pinang

 


Polis Pulau Pinang akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang terus menularkan dan melakukan provokasi berhubung isu laungan azan menggunakan pembesar suara di kondominium Tri Pinnacle, Tanjong Tokong di sini.  


Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Khaw Kok Chin berkata perkara itu telah diselesaikan secara harmoni dan kini tiada lagi konflik antara pihak surau dan badan pengurusan bersama (JMB) kondominium tersebut.


“Malah Timbalan Ketua Menteri I Datuk Zakiyuddin Abdul Rahman yang juga Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) sendiri turun padang bagi menjernihkan dan menyelesaikan kekeliruan yang timbul berkait isu terbabit semalam,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Wednesday 14 September 2022

#PRU15 PM yakin BN mampu rampas Pulau Pinang

 


Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menjangkakan Barisan Nasional (BN) bersedia menawan semula Pulau Pinang daripada pemerintahan pembangkang.

Keyakinan Perdana Menteri itu hadir apabila beliau berkunjung ke Pulau Mutiara kelmarin dan disambut lautan biru penyokong BN.

Monday 27 June 2022

#PRU15 Pelawa Tajuddin wakili PAS tidak pernah dibincangkan - Idris Ahmad

 


Tindakan Pas Perak mempelawa Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman bertanding atas tiket Perikatan Nasional (PN) mewakili Pas pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) tidak pernah dibincangkan.

Naib Presiden Pas, Datuk Idris Ahmad berkata, perkara itu di luar pengetahuan beliau dan memaklumkan pembahagian kerusi mahupun calon perlu mendapat persetujuan Pas Pusat.

“Perbincangan mengenai perkara itu antara Pas Perak dengan Pas Pusat belum dibuat, tak ada... kita tak bincang lagi,” katanya ringkas selepas hadir program Multaqa Murabbi Ummah dirasmikan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor di Seri Mentaloon pada Ahad.

Friday 24 June 2022

Perbaharui lesen memandu sebelum 30 Jun ini

 


Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengingatkan kepada semua pemegang Lesen Memandu Malaysia (LMM) untuk memperbaharui lesen memandu sebelum 30 Jun ini.

JPJ dalam hantaran Facebooknya memaklumkan, pemegang lesen tersebut melibatkan individu yang telah diberikan pelanjutan tempoh keesahan (kuat kuasa) atau tamat tempoh bermula 13 Januari 2021.

“Antara jenis lesen tersebut adalah Lesen Belajar Memandu (LDL) tamat dalam tempoh dua tahun boleh dibuat melalui JPJ dan Pejabat Pos.

Thursday 23 June 2022

#Jelutong Penduduk persoal status Babylon City By The Sea

 


Kira-kira 10,000 penduduk di sekitar tapak pelupusan sampah Jelutong di sini menuntut jawapan daripada kerajaan negeri berhubung status projek Babylon City By The Sea yang dianggarkan bernilai berbilion ringgit.

Penduduk mendakwa, projek pembangunan di kawasan seluas 3.24 hektar itu tertangguh sejak 2016.

Setiausaha Persatuan Penduduk Mutiara Idaman 2, Mazlan Pakwanteh berkata, penduduk setempat juga tertunggu-tunggu perkembangan terkini projek tersebut yang merupakan kerjasama antara kerajaan negeri menerusi Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) dan sebuah syarikat pemaju swasta.