Wednesday, 15 December 2021

Bercuti Di Simon Shed , Kulim





Tontoni Video Menarik di https://fb.watch/9UHum9qdff/

Destinasi percutian yang Viral di Daerah Kulim, Kedah. Daerah Kulim terdapat satu tarikan yang popular iaitu SIMON SHED, SEDIM berdekatan dengan Sungai Sedim.

Tenang fikiran disini 😎. Villa ini dikelilingi hutan tua yang masih mengekalkan keaslian dan kehijauannya. Bermacam aktiviti yang menarik boleh dilakukan bersama keluarga atau rakan-rakan disini. Kolam mandi disini menggunakan air yang disalur dari sungai, pasti sejuk nyaman 😍

Villa ini juga menyediakan kemudahan aktiviti seperti  berkhemah, barbeque, karaoke, kemudahan untuk memasak, dewan (sesuai untuk seminar). Apa yang 'best' nya lagi di sini iaitu meroka alam sedim sambil menyaksikan keindahan alam,  kehijauan hutan dan keindahan sungai sedim dengan melakukan aktiviti kayuh basikal, Atv, water rafting dan bermacam lagi. 

Lokasinya berhampiran arus deras Sedim. Suasana persekitaran yang sungguh Mendamaikan. Apa yang pasti, bunyi-bunyian unggas dan burung-burung juga turut bersaing bersama-sama deruan air sungai menanti disini. 

Use Waze to drive to SIMON SHED @Sedim: https://waze.com/ul/hw0zwsyfes

LOT 863 KAMPUNG SUNGAI BULOH,

09700 KARANGAN, KEDAH.

No comments:

Post a Comment