Thursday 23 June 2022

Ringgit dibuka tinggi berbanding USD

 



Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Khamis, didorong minat belian yang muncul semula dalam keadaan permintaan terhadap dolar yang sedikit berkurangan memandangkan hasil Perbendaharaan AS lebih rendah, kata penganalisis.
Pada 9.03 pagi, mata wang tempatan meningkat kepada 4.4030/4070 berbanding dengan dolar AS daripada 4.4050/4065 ketika ditutup pada Rabu.

#bajet2023 Golongan Muda Bakal Terima Peruntukan Khas

 


Generasi muda sememangnya menjadi tunjang kepada pertumbuhan negara di masa hadapan, maka bagi menjamin pemerkasaan tersebut – kumpulan ini akan menjadi antara tumpuan utama Bajet 2023 kelak.

Menurut Tengku Zafrul, Menteri Kewangan negara – terdapat peruntukan khas akan ditawarkan kepada kumpulan ini pada pembentangan belanjawan, pada Oktober tahun ini.

Meskipun tidak memperincikan jenis peruntukan yang dilaporkan – namun ia dilihat terarah kepada penawaran modal untuk generasi muda merancakkan arena perniagaan negara.

Friday 28 January 2022

Kadar Tarif Elektrik Baharu Bermula 1 Februari 2022


 Kerajaan melalui Kementerian Tenaga dan Sumber Asli, menyatakan akan melaksanakan kadar tarif elektrik baharu bermula 1 Februari 2022 kelak.


Kadar baru ini masih belum diumumkan buat masa ini, tetapi akan digunakan sehingga tahun 2024 kelak.

Saturday 15 January 2022

'Sayalah ADUN ditahan polis, tapi saya tak ambil dadah'

Terence Naidu

IPOH - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pasir Bedamar, Terence Naidu menafikan dirinya terlibat dalam sebarang bentuk pengambilan bahan terlarang termasuk dadah.

Beliau berkata, sebagai wakil rakyat yang dipilih selama dua penggal, dirinya amat menyedari tanggungjawab sebagai pemimpin dengan salah satunya mematuhi undang-undang negara.

Dalam kenyataan media yang dikongsi di Facebook pada Sabtu, wakil rakyat DAP itu turut menegaskan akan mempertahankan diri untuk membuktikan dirinya tidak bersalah berhubung insiden penahanannya di sebuah kelab malam di Perai, Bukit Mertajam Pulau Pinang.

"Sepertimana dilaporkan media, sayalah ADUN yang ditahan polis itu. Saya faham kekecewaan mereka di sekeliling saya yang berpunca daripada insiden ini bahawa saya dilaporkan ditahan kerana didapati positif dadah.

"Saya tidak mengambil sebarang bentuk bahan terlarang dan sebenarnya saya sendiri juga terkejut ketika dimaklumkan bahawa ujian air kencing saya positif kerana saya ini merokok pun tidak.

"Keadilan bukan sahaja perlu dilaksanakan, malah perlu nampak sebagai terlaksana. Jadi saya akan mempertahankan diri untuk membuktikan bahawa saya tidak bersalah," katanya. - Sinar Harian

Friday 14 January 2022

ADUN Perak ditahan dalam serbuan kelab malam, didakwa positif dadah


Seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perak dikatakan ditahan selepas didakwa positif dadah susulan serbuan ke atas sebuah kelab malam di Perai, semalam.

Sumber polis memberitahu ADUN berkenaan ditemui bersama 35 yang lain di kelab malam itu.

Difahamkan ADUN itu dibawa ke Mahkamah Majistret hari ini untuk permohonan perintah reman.