Terence Naidu
IPOH - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pasir Bedamar, Terence Naidu menafikan dirinya terlibat dalam sebarang bentuk pengambilan bahan terlarang termasuk dadah.
Beliau berkata, sebagai wakil rakyat yang dipilih selama dua penggal, dirinya amat menyedari tanggungjawab sebagai pemimpin dengan salah satunya mematuhi undang-undang negara.
Dalam kenyataan media yang dikongsi di Facebook pada Sabtu, wakil rakyat DAP itu turut menegaskan akan mempertahankan diri untuk membuktikan dirinya tidak bersalah berhubung insiden penahanannya di sebuah kelab malam di Perai, Bukit Mertajam Pulau Pinang.
"Sepertimana dilaporkan media, sayalah ADUN yang ditahan polis itu. Saya faham kekecewaan mereka di sekeliling saya yang berpunca daripada insiden ini bahawa saya dilaporkan ditahan kerana didapati positif dadah.
"Saya tidak mengambil sebarang bentuk bahan terlarang dan sebenarnya saya sendiri juga terkejut ketika dimaklumkan bahawa ujian air kencing saya positif kerana saya ini merokok pun tidak.
"Keadilan bukan sahaja perlu dilaksanakan, malah perlu nampak sebagai terlaksana. Jadi saya akan mempertahankan diri untuk membuktikan bahawa saya tidak bersalah," katanya. - Sinar Harian
No comments:
Post a Comment